You are currently viewing Kadar Jangkitan Ganoderma di Afrika Semakin Membimbangkan

Kadar Jangkitan Ganoderma di Afrika Semakin Membimbangkan

Sawit Afrika Barat (Elaeis guinensis Jacq.) semenjak ditanam secara komersial di Malaysia pada tahun 1917, 100 tahun kemudian iaitu pada tahun 2017, ia telah mencul sebagai tanaman yang merangkumi keluasan 5.76 juta hektar. Dalam tempoh masa yang panjang ini, pembiakbakaan sawit telah meningkat dan berpotensi memberi hasil yang lumayan. Dalam pada itu, kadar jangkitan penyakit turut meningkat. Di antaranya ialah Ganoderma sawit yang turut memberi ancaman semakin tinggi. Kini penyakit ini turut menjangkaui Afrika dan dikuatiri ia akan merebak sehingga merangkumi 40% tanaman sawit di situ dalam masa 10 tahun akan datang.

Ancaman ini adalah mungkin sebab tanaman ini iaitu sawit Afrika lebih rentan terhadap penyakit ini di samping menurut satu kajian bahawa ancaman ini berwibawa merencatkan negara-negara penanam di situ sehingga keluasan 40% daripada jumlah keluasan yang ada.

Menurur laporan Mih & Kinge, pada tahun 2015, sebuah ladang sawit berumur 15 tahun di Cameroon telah menghadapi ancaman 40% penyakit Ganoderma sawit berbanding laporan Tengoua pada tahun 2005 yang mendapati hanya 5.8% kadar serangan di sebuah ladang berumur 25 tahun. Dengan kata lain, kadar jangkitan ini amat cepat. Ganoderma sawit adalah penyakit kedua terbesar di Afrika.

Walaupun penyakit ini telah dilaporkan di Afrika sejak tahun 1920 tetapi sehingga hari ini hanya 10 jenis cetakan yang menerangkan situasi tersebut berbanding di Asia Tenggara yang walaupun laporan pertama oleh Thompson wujud pada tahun 1931, sehingga kini sudah terdapat 392 artikel cetakan menunjukkan pemahaman penyakit tersebut masih agak terhad di kalangan itu sehingga ia berkemungkinan bangkit sebagai masalah utama yang makin sukar untuk ditangani.

Di Malaysia, pada tahap awal hanya pokok sawit matang dijangkiti penyakit Ganoderma tetapi di tahap lebih matang, penyakit ini turut menjangkiti pokok muda. Adakah senario yang sama ini akan wujud juga di Afrika? Mengenai perkara ini, para penyelidik Cameroon telah menjalankan kajian berkenaan ke atas dua ladang sawit berumur 38 tahun yang masing-masing mempunyai kadar serangan Ganoderma 1.9% dan 1.3%. Kajian ini bertujuan melihat adakah semaian besar mampu juga dijangkiti penyakit ini dalam 3 jarak berbeza dari pokok tua yang telah dijangkiti.

Dalam plot pertama, jarak dari pokok sakit tua ialah 0.7m, 1.25m dan 2,0m manakala di plot kedua jarak tersebut ialah 0.25m, 0.50m dan 1.0m (gambar 1 dan 2). Keputusan diambil setiap bulan selama 26 bulan bagi plot 1 dan 22 bulan bagi plot kedua telah mendapati kadar jangkitan masing-masing sebanyak 2.5% dan 2.3% telah berlaku. Kes kematian pertama dilaporkan pada bulan 9 1⁄2 serta jangkitan paling teruk berlaku pada plot pertama yang berjarak 0.7m dari pangkal pokok sakit tua yang meningkat sehingga 7.4%. Bagaimanapun, tiada laporan kematian pokok kecil yang ditanam melebihi 1m. Mengikut analisis teknikal, kadar jangkitan sehingga 40% akan berlaku ke atas kedua-dua plot sawit tersebut. Oleh yang demikian, langkah pencegahan hendaklah diambil secepat mungkin agar ia tidak manjadi masalah besar yang lebih rumit untuk ditangani nanti.

Sumber maklumat:

Merciere M. et al., “Ganoderma Species: A Serious Threat To African Oil Palm Plantation”, PIPOC 2017 Poster.