You are currently viewing Penyakit Reput Tunas Berpotensi Mematikan Pokok Sawit

Penyakit Reput Tunas Berpotensi Mematikan Pokok Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Penyakit reput pucuk daun (spear rot) dan reput tunas (bud rot) merupakan dua jenis penyakit tanaman sawit yang amnya berlaku pada pokok berumur 2 – 5 tahun. Kedua-dua penyakit ini agak jarang berlaku di Malaysia tetapi jika kes tidak dirawati akan menyebabkan pokok mati.

Reput pucuk daun dirujuk sebagai reputan yang berlaku pada daun yang baru kembang. Sekiranya gejala ini dapat dikesan awal serta menyingkirkan pucuk daun berpenyakit tersebut, maka pokok tersebut dapat diselamatkan. Namun, jika penyakit itu dibiarkan begitu sahaja, ia akan merebak ke bahagian meristem pokok dan menyebabkan penyakit reput tunas. Apabila tunas-tunas daun yang belum kembang di dalam meristem itu dijangkiti, pokok itu selanjutnya tidak dapat mengembangkan daun-daun baru lagi. Pokok akan mati pada akhirnya.

Penyakit reput pucuk daun kebiasaan berlaku akibat kehadiran luka di bahagian luar pokok, umpamanya lubang korekan oleh kumbang tanduk, menyebabkan bahagian dalaman pucuk daun belum kembang itu mulai reput. Pengesanan yang awal dapat menyelamatkan pokok sekiranya pucuk daun dicabut dan dibuang untuk mengelakkan rebakannya.

Penyakit reput tunas pula melibatkan kawasan jangkitan yang lebih meluas termasuk Afrika, Amerika Selatan, Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea. Penyakit ini digolongkan sebagai penyakit sawit yang sudah kuno. Di negara Surinam iaitu sebuah negara di bahagian utara Amerika Selatan, pernah dilaporkan 130 pokok sawitnya telah diserangi penyakit ini dan akhirnya hanya satu pokok sahaja yang hidup. Di Afrika Tengah, negara Congo pernah mengalami kerugian 30% oleh sebab serangan penyakit ini. Di sesetengah kawasan, kadar penyakit ini kadang-kadang adalah tinggi sehingga 5% tetapi secara amnya, kadar berlaku penyakit ini amnya jarang-jarang melebihi 1-2%.

Seperti dikatakan tadi, penyakit reput tunas akan merebak ke bahagian meristem. Di negara Ecuador sudah terbukti jangkitan meristem melebihi 25% akan menyebabkan pokok tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Apabila penyakit reput tunas berlaku, pucuk daun baru mudah ditanggalkan dan meninggalkan satu lekukan hitam serta menghambur bau busuk. Daun tua, daun muda malah buah tandan masih kekal di atas pokok. Daun lama-kelamaan akan menjadi tua dan layu. Buah tandan akan terus membesar, tetapi tanpa pengeluaran daun baru, pembesarannya juga terbatas. Lekukan di bahagian meristem itu akan menjadi tempat pembiakan banyak jenis mikrob. Pokok seumpama ini ibarat pokok tidak berfungsi lagi walaupun ia tidak mati serta-merta.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Penyakit reput tunas sekiranya berlaku pada skala yang ringan, iaitu bermakna tunas daun masih belum dijangkiti secara parah, ia berkemungkinan akan pulih jika serangan penyakit ini telah berhenti dan reputan tidak menerus lagi. Dalam keadaan ini, gejala daun kecil pula mungkin akan berlaku selanjutnya. Daun yang baru berkembang itu kelihatan kecil serta tidak berbentuk normal. Selepas seketika waktu, pengeluaran daun baru akan menjadi normal.

Kaedah Rawatan

Menyingkirkan pucuk daun yang sudah mulai reput dengan kadar segera dapat mengelak rebakan penyakit ini ke meristem pokok. Selepas itu kawasan jangkitan disemburi dengan racun kulat seperti thiram atau benomyl disertai dengan semburan racun biopestisid seperti streptomycin. Ini wujud sebagai kaedah kawalan tetapi kesannya belum dapat disahkan lagi.

Kawalan serangan perosak serangga ke atas tanaman sawit wujud sebagai langkah kawalan yang lebih praktikal. Semburan racun serangga atau aplikasi racun dikerapkan erhadap kawasan yang mempunyai risiko serangan serangga khususnya kumbang tanduk.

Sumber maklumat :

P.D. Turner. Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :