Tidak seperti pokok kelapa sawit, Bactris gasipaes (Pejibaye) adalah spesis palma yang tumbuh secara berumpun, iaitu sulur akan tumbuh dari bahagaian pangkal pokok membentuk rumpunan, setiap batang berbentuk selinder dan tumbuh menegak serta tidak bercabang, ketinggian pokok boleh mencapai 6 – 24 m dengan garsipusat batang antara 12 – 26 cm.
Bactris gasipaes akan mula mengeluarkan buah 3 – 5 tahun selepas ditanam. Setiap pokok boleh menghasilkan 4 – 7 tandan buah dalam setahun dengan berat 5 – 8 kg setandan. Dari aspek agro-iklim, suhu antara 24°C – 28°C, taburan hujan tahunan antara 2,000- 4,000 mm, pelbagai jenis tanah (melainkan tanah terlalu lembap dan sering banjir) adalah ciri-ciri yang sesuai baginya bertumbuh. Dalam senario ini, Malaysia merupakan kawasan yang sesuai untuk pertumbuhannya.
Dua Spesis Bactris gasipaes
Terdapat dua spesis Bactris gasipaes yang berpotensi komersial. Satunya mempunyai duri di bahagian batang dan daun manakala satu lagi tidak berduri di kedua-dua bahagian tersebut. Spesis tidak berduri boleh ditanam untuk pengeluaran umbut manakala yang berduri ditanam untuk pengeluaran buah. Umbut pokok Bactris adalah rendah kandungan asid oksalat, justeru warnanya adalah putih dan berbeza dengan umbut palma lain yang lebih perang warnanya. Umbutnya juga berstruktur halus dan enak dijadikan sayuran, salad atau dikaleng.
Pokok Bactris adalah tanaman saka, lantaran itu tidak sesuai diintegrasikan dengan tanaman kelapa sawit yang ditanam pada sistem segitiga sama bagi mengelakkan saingan cahaya, ruang, nutrien dan air yang akan menjejaskan kedua- dua tanaman sekali. Namun begitu, ia boleh ditanam bersama pokok kelapa sawit dalam sistem dua baris kembar, yang mana jarak di antara dua barisan kembar kelapa sawit dilebarkan dari 15.2 m kepada 18.2 m. Ini akan menyebabkan kepadatan pokok kelapa sawit berkurangan dari 136 pokok/ha kepada 120 pokok/ha.
Pengurangan 16 pokok/ha pokok sawit walaupun akan mengurangkan hasil jika dibandingkan dengan sistem segitiga sama pokok sawit secara tanaman tunggal yang dapat mengekal pada 136 pokok/ha, namun hasil daripada pokok Bactris nanti akan memberi ganjaran lebih tinggi kepadanya.
Berikut adalah kaedah integrasi pokok Bactris tidak berduri untuk pengeluaran umbut di ladang kelapa sawit :
1. Penyediaan Tanah

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Sebelum ditanam, kawasan tersebut harus dibersihkan serta dibajak piring 2 kali dan bajak putar 1 kali pada kedalaman 20 30 cm. Jarak masa di antara setiap pusingan membajak adalah di antara 7 – 10 hari. Setelah bajak putar dijalankan, kapur pada kadar 0.5 1.0 tan/ha ditaburkan bagi meningkatkan nilai pH tanah kepada 5.5 – 6.5.
2. Penanaman
Anak pokok Bactris berumur 10 – 12 bulan yang telah mempunyai 1 3 helai daun pinat digunakan sebagai bahan tanaman. Ia ditanam dalam ruangan selebar 18.2 m di antara setiap dua barisan kembar pokok kelapa sawit. Ruangan yang lebar ini boleh memuatkan sebanyak 8 baris pokok Bactris. Dalam setiap barisan pokok Bactris, jarak di antaranya ialah 1 m. Begitu juga dengan jarak antara barisan kembar sama-sama pada 1 m. Namun, jarak antara dua barisan kembar pokok Bactris harus selebar 2 m. Saiz lubang tanaman ialah 45 x 45 x 45cm. Dengan ini, sebanyak 2,690 pokok Bactris dapat dimuatkan dalam keluasan tanah sehektar (sila lihat rajah 1).
Sumber Maklumat :
Integrasi Tanaman dan Ternakan-Pemacu Kesejahteraan Industri Sawit, Penyunting, Dr. Mohd Basri Wahid dan rakan-rakan, MPOB, 2010.