You are currently viewing Integrasi Rosel Dengan Sawit Berdaya Maju

Integrasi Rosel Dengan Sawit Berdaya Maju

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Rosel (Hibiscus sabdariffa L.) tergolong dalam keluarga Malvaceae iaitu sama dengan bunya raya, bendi dan kenaf. Hasil utama rosel adalah kaliks berwarna merah gelap yang terbentuk di sekeliling buahnya. Kaliks rosel mengandungi antosianin, vitamin C, B1, B2 dan B kompleks yang tinggi. Kandungan vitamin C dilaporkan 7 – 9 kali ganda lebih tinggi daripada blackcurrent, anggur dan buah limau. Kebiasaan kaliks akan dikeringkan dan diproses untuk dibuat jus, jeli, jem, ais krim dan pewarna semula jadi.

Rosel merupakan salah satu jenis tanaman yang boleh diintegrasikan dengan tanaman sawit. Eksperimen pernah dijalankan di MPOB Hulu Paka dan Kluang. Penanaman sawit dijalankan mengikut sistem dua baris kembar dengan jarak 6.1m x 9.1m x 15.2m dan memuatkan 136 pokok sawit sehektar. Kawasan selebar 15.2m di antara setiap dua baris sawit kembar untuk itu merupakan ruang penanaman rosel. Raung ini mula-mula dibersihkan kemudian dibajak piring dua kali serta dibajak putar sekali sebelum menanam. Bajakan dijalankan sedalam 20 – 30cm.

Hanya satu varieti rosel yang sesuai digunakan setakat ini iaitu UM-UKL yang diperkenalkan oleh Universiti Malaya. Biji benih ditanam terus ke ladang. Jarak penanaman rosel ialah 1.5m x 0.5m. Kadar penggunaan biji benih ialah 1.0kg sehektar. Kepadatan pokok rosel pula 5,080 pokok sehektar.

Eksperimen pembajaan ke atas rosel adalah dijalankan sebelum bajakan kedua dengan magnesium limestone (GML) 2.0 – 3.0 tan/ha sekali sahaja dalam semusim. Baja organik pula diberikan 10 tan/ha sebelum menanam rosel. Selepas itu, baja sebatian 15/15/15 dan 12/12/17/2 diberikan secara berasingan pada kekerapan 4 dan 5 kali semusim.

Kawalan rumpai dijalankan 2 – 3 kali semusim dengan menggunakan racun Alachlor di peringkat awal selepas menanam biji benih. Selepas itu kawalan disusuli dengan racun sentuhan dilakukan dalam tempoh 25 – 30 hari setiap kali semburan.

Penyakit utama yang menyerang rosel ialah reput daun (Coneilla musaiaensis) dan reput batang (Phoma sp.) yang cenderung menyerang semasa musim hujan. Jangkitan kulat berlaku pada bahagian daun terutamanya pada bahagian pucuk menyebabkan daun berbintik, kekeringan dan daun gugur. Namun, penyakit ini boleh dikawal dengan racun kulat Mancozeb. Tiada penyakit lain dikesan sepanjang masa pena- naman seterusnya.

Penuaian pertama rosel dimulakan apabila pokok berumur 65 – 70 hari selepas ditanam. Buah rosel yang matang sesuai dipetik selepas 20 – 25 hari bermula dari pembentukan bunga. Sebanyak 5 – 6 kali penuaian boleh dijalankan dalam semusim. Selangan 7 – 10 hari diberikan selepas setiap kali tuaian. Buah rosel yang telah dituai perlu dibersih- kan dan dibuang kapsul biji dengan menggunakan alat pembuang biji (decoring) bagi mendapatkan kaliks. Kaliks boleh dipasarkan terus atau disimpan di peti sejuk sebelum dipasarkan.

Eksperimen di MPOB Hulu Paka pula menggunakan 7 rawatan kadar baja sebatian 15/15/15 dan 12/12/17/2 ke atas tanaman rosel. Hasil eksperimen mendapati tiada perbeza ketara di antara kesemua rawatan tersebut terhadap aspek berat segar buah dan berat bersih kaliks selepas 6 kali penuaian dijalankan. Sebaliknya pembajaan pada dos yang tinggi hanya menunjukkan kesannya dari segi ketinggian pokok dan bilangan dahan yang dihasilkan. Hal ini menyatakan rosel bukanlah tanaman yang mementingkan bekalan baja untuk mendapat hasil yang baik. Dengan kata lain, keperluan nutrien oleh tanaman rosel adalah rendah.

Sehubungan itu, eksperimen di MPOB Kluang terhadap kesan jarak tanaman menunjukkan 3 jarak (1.5m x 0.5m, 1.5m x 0.7m, 1.5m x 0.9m) yang diperuntukkan itu sama-sama tidak memberi perbezaan ketara dari sisi berat segar buah dan berat bersih kaliks selepas 6 kali tuaian. Hanya ketinggian pokok serta bilangan daun yang lebih menonjol di plot rawatan menggunakan dos baja yang lebih tinggi. Justeru itu disarankan pelbagai jarak tanaman rosel boleh digunakan mengikut kesuaian kecerunan dan bentuk bumi sesuatu kawasan.

Analisis pendapatan kasar dan bersih integrasi rosel dengan sawit untuk satu hektar bagi semusim ialah pendapatan kasar RM13,910 dapat dikumpulkan daripada penjualan kaliks. Selepas menolak kos penanaman RM3,682 semuism, pendapatan bersih yang diperolehi ialah RM10,228. Pulangan pelaburan pula ialah 2.70.

Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa tanaman rosel secara integrasi dengan tanaman sawit adalah sesuai dan berdaya maju untuk diusahakan. Pertumbuhan dan hasil rosel yang ditanami bersama sawit dua baris kembar adalah memuaskan. Integrasi rosel dengan sawit dapat memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti pekebun kecil sawit. la mempunyai potensi yang cerah untuk menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil di samping juga akan meningkatkan pengeluaran sumber makanan dan ekonomi negara.

Sumber maklumat :

Norkapsi Khasim et al., “Integrasi Rosel Dengan Sawit”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2016, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Sila kongsi kepada kawan :