Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Menurut laporan, seorang ahli berjawatan tinggi dalam Jawatankuasa Minyak Sawit Malaysia (MPOC) kelmarin meluahkan perasaan perlu memberi perhatian terhadap keadaan tanaman sawit di Sabah yang menurutnya berpokok terbanyak melebihi 19 tahun di Malaysia. Sabah memiliki sejumlah 1.51 juta hektar tanaman sawit. 36% atau 500,000 hektar di antara kesemua tanaman sawit ini telah digolongkan sebagai pokok tua. Lebih kurang 185,000 hektar atau 12.3% terdiri daripada pokok lebih 25 tahun, manakala umur pokok di antara 19 – 25 tahun lebih kurang 353,000 hektar. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penanam sawit di negeri tersebut.
Jika dikira mengikut national compound annual growth rate (CAGR), angka ini menunjukkan pokok berumur lebih 25 tahun bertumbuh pada kadar 4% manakala pokok belum matang merosot 3.6%. Mengikut trend ini, sehingga tahun 2027, 35% umur tanaman sawit di Malaysia akan melebihi 19 tahun.
Beliau menerangkan lanjut, pokok berumur melebihi 19 tahun sudah tinggi sangat untuk penuaian buah tandannya. Penuaian pokok tinggi memerlukan teknik yang mahir, sedangkan keadaan sekarang amat kekurangan pemotong buah yang mahir. Lagipun, kebanyakan ladang sawit berumur lebih 19 tahun tidak lagi mengekalkan jumlah pokok 136 – 148 pokok/hektar akibat banyak pokok sudah mati. Justeru ladang tua tidak berekonomi dalam pengeluaran minyak sawit.
Keadaan sedemikian perlu dibetulkan, jika tidak, rantaian pembekalan minyak sawit Sabah akan hilang keseimbangan. Cara penyelesaian yang paling baik ialah semua pihak dalam industri sawit hendaklah menawarkan satu skim tanam semula yang boleh dilangsungkan. Kerajaan mungkin boleh menawarkan skim tanam semula yang membabitkan pengurangan cukai sebagai galakan. Cara ini akan menggantikan skim subsidi dari kerajaan yang pada hakikat membebankan kewangan kerajaan.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Kini kos menanam semula dianggarkan RM20,000 – RM30,000/ha mengikut keadaan sekitaran. Kos ini kelihatan sudah melebihi keupayaan tanggungan individu. Namun jika tiada sebarang skim bantuan atau galakan, keadaan akan menjadi lebih teruk di masa akan datang. Sabah menghasilkan sejumlah 4.29 juta tan minyak sawit mentah pada tahun 2022, jumlah ini bersamaan 23% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia. Jika hasil minyak sawit mentah ini berkurangan, pasti akan mendatangkan impaks negatif terhadap rantaian pembekalan dan permintaan.
Maka itu wujud satu saranan daripada pemain industri iaitu kerajaan boleh memperuntukkan sebahagian hasil daripada “windfall tax” yang dianggarkan berjumlah RM 2.9 bilion tahun 2022 serta sebahagian cukai jualan negeri kepada peladang sawit untuk dilabur semula dalam bentuk tanam semula. Kesemua hasil cukai ini diperolehi daripada peladang sawit justeru adalah adil memberi peruntukan kepada industri tersebut. Perkara ini bukan sahaja melibatkan pokok tua, malahan membabitkan produktiviti sawit negara dalam jangka masa panjang serta daya saing dan kemampanan.
Sumber maklumat :
Rebecca Chong, the vibes.com, 11/3/2023.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd