You are currently viewing Hasil Sawit Di Tanah Pesisir Pantai Lebih Bergantung Pada N dan Bukan K

Hasil Sawit Di Tanah Pesisir Pantai Lebih Bergantung Pada N dan Bukan K

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pembajaan adalah amalan wajib untuk meningkatkan pengeluaran hasil sawit. Keadaan ini juga bergantung kepada kesuburan asal tanah. Sesetengah jenis tanah didapati lebih subur daripada tanah lain. Dengan itu pembajaan ke atas tanah ini kebiasaan kurang menghasilkan kesan peningkatan hasil. Umpamanya tanah pesisir pantai di Malaysia berasal dari tanah yang mengandungi bahan liat dan pasir justeru ia dianggap lebih subur daripada tanah pedalaman. Penaburan dos baja yang sama ke atas kedua-dua jenis tanah ini akan memperlihatkan perbezaan dari segi kesannya ke atas peningkatan hasil. Oleh yang demikian, adalah baik jika pengusaha tanaman mengetahui lebih dahulu jenis tanah di kebunnya supaya dapat membaja dengan kadar yang bersesuaian.

Di sudut lain, pengeluaran hasil juga berkaitan dengan kepadatan tanaman. Umumnya kepadatan 136 – 148 pokok/ha diamalkan di Malaysia. Kepadatan tinggi pula bermaksud menanam lebih 160 pokok/ha. Palat dan rakan-rakan (2012) pernah melaporkan jika menanam 180 pokok/ha di peringkat awal kemudian menjarangkan (menebangkan) 33% pokok asal pada tahun kelapan akan dapat meningkatkan hasil terkumpul sekurang-kurangnya 15%. Masalah sekarang ialah sama ada pekebun sudi menebangkan pokok berumur 8 tahun di peringkat itu? Kalau tidak, mereka terpaksa berdepan dengan situasi penurunan hasil akibat ditanam terlalu rapat.

Walau bagaimanapun, satu eksperimen pembajaan ke atas tanaman sawit berkepadatan tinggi (180 pokok/ha) telah dilancarkan di Perak. Tanaman dalam eksperimen ini berumur 6 tahun selepas ditanam. Tanahnya berasal dari pesisr pantai yang umumnya lebih subur daripada yang lain. Tujuan utama eksperimen ini ialah menilai dos baja nitrogen (N) dan kalium (K) yang optimum di tanah pesisir pantai ini.

Eksperimen ini masing-masing menguji dengan 3 dos baja N (2, 4, 6kg/pokok) dan K (1, 2, 3kg/pokok). Sumber baja N ialah ammonium sulphate (AS) dan sumber K ialah MOP. Kesemua baja ditabur di bawah atau di tepi longgokan pelepah kerana lokasi ini mempunyai akar penyerap baja yang paling banyak.

5 tahun selepas amalan pembajaan N, tanah menjadi masam dengan ketara. Perkara ini tidak berlaku di plot yang membaja dengan K. Di sudut lain, kapasiti pertukaran kation (CEC) di plot bekalan N juga menurun tetapi selepas 5 tahun, kandungan tanahnya mengalami peningkatan unsur N sebanyak 15%. Di plot rawatan ini juga, kadar pertukaran kalsium dan magnesium masing-masing menurun 222% dan 195%. keadaan ini berlaku selepas menabur baja N pada kadar 6kg/tahun. Keadaan ini juga berlaku di plot rawatan kalium, cuma kadar penurunan berbeza sahaja. Kapasiti pertukaran kation dalam tanah di plot rawatan dengan baja K telah ditingkatkan secara ketara. Peningkatan ini adalah satu gejala baik kerana CEC yang tinggi akan meningkatkan keberkesanan tanah.

Pertumbuhan vegetatif pokok sawit dalam eksperimen ini masing-masing meningkat di plot yang ditaburi baja N dan K. Ketinggian pokok, ukuran panjang rakis dan saiz petiole meningkat. Melalui pemerhatian selanjutnya, didapati aplikasi 4kg N dan 2kg K memperolehi bacaan pertumbuhan vegetatif yang paling optimum.

Kandungan N dalam daun mencapai tahap tertinggi iaitu 2.55% selepas pembajaan N selama 5 tahun dengan kadar 6kg/pokok. Namun, dalam kedua-dua plot rawatan N dan K, tidak terdapat kesan yang ketara dari segi peningkatan kandungan kalium, magnesium dan kalsium.

Dari segi pengeluaran hasil pula, data 3 tahun berturut-turut di plot rawatan baja N menujukkkan hasil purata buah tandan segar sawit telah meningkat dengan ketara, namun peningkatan ini bukan berasal daripada peningkatan bilangan purata buah tandan dan beratnya. Plot rawatan baja K tiada peningkatan ketara hasil buah tandan segar, bilangan buah tandan dan beratnya biarpun dos pembajaan K ditingkatkan. Satu pokok dibekal 1kg baja K menunjukkan peningkatan hasil terbaik tetapi kesannya kurang jelas.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Hubungan antara N dan K juga dikaji dalam eksperimen ini. Hasil terkumpul untuk 3 tahun menunjukkan N dan K tidak membangkitkan sebarang kesan bertentangan yang boleh menjejaskan hasil sawit. 6kg N dan 3kg K sepokok didapati memberi hasil sawit tertinggi mencatatkan 34.63 tan/ha.

Perbincangan

Eksperimen ini jelas menyatakan peningkatan dos pembajaan ammonium sulphate (AS) akan terus meningkatkan kandungan N dalam daun. Perkara ini penting terhadap tanaman C3 seperti kelapa sawit kerana kandungan N ini adalah petunjuk keberkesanan fotosintesis. Hikodaka dan Terashima (1995) pernah pernah melaporkan bahawa apabila kandungan N kandungan N dalam daun meningkat, ia turut akan meningkatkan penetapan karbon dan seterusnya mencekapkan proses fotosintesis dan memanfaatkan pertumbuhan vegetatif pokok. Selain itu, pembajaan N juga meningkatkan bilangan purata buah tandan. Pandangan ini adalah secocok dengan laporan Donough dan rakan-rakan.

Di sudut lain, pembajaan N telah menyebabkan tanah menjadi masam. Ini kerana ammonium dinitrafikasikan dan mengeluarkan banyak ion nitrat dan selanjutnya meningkatkan kandungan ion hidrogen. Keadaan ini telah memasamkan tanah.

Pembajaan K dalam eksperimen ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan hasil sawit yang ketara. Goh dan rakan-rakan (1994) pernah melaporkan bahawa tanah pesisir pantai di barat semenanjung Malaysia adalah lebih subur justeru tindak balas penaburan K ke dalam tanah amnya kurang ketara. Tanaman sawit mempunyai keperluan K yang besar. Namun, kesuburan tanah di situ tidak menunjukkan ada kekurangan K yang banyak. Keadaan sedemikian menyebabkan kesan pembajaan K kurang jelas. Maka itu, pembajaan K di tanah pesisir pantai mungkin perlu dijalankan mengikut dos bersesuaian tanpa berlebihan supaya tidak mendatangkan pembaziran. Dos pembajaan K secara berlebihan tidak membantu dalam peningkatan hasil sawit, namun K berlebihan ini akan disimpan dalam batang pokok untuk kegunaan masa hadapan.

Kesimpulan

Dalam suasana penanaman padat (180 pokok/ha) di pesisir pantai, peranan baja N kelihatan lebih besar daripada baja K dalam meningkatkan hasil sawit. Ini bukan kerana K tidak penting, sebaliknya disebabkan oleh K tidak banyak kekurangan dalam tanah pesisir pantai. Maka menurut hasil eksperimen ini, walaupun pembajaan N mengikut 6kg/pokok berjaya memperolehi hasil tinggi, namun berdasarkan penimbangan dari sudut ekonomi, maka dicadangkan pembajaan N pada 4kg/pokok dan K pada 1kg/pokok adalah pendekatan yang paling baik.

 

Sumber maklumat :

Chang Y.Y dan rakan-rakan, “Nitrogen and potassium fertiliser requirement optimisation to high density planting in oil palm under costal environment of peninsular Malaysia”, International Journal of Agricultural Technology 2022 vol. 18(5) : 1937-1948.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :