You are currently viewing Buah Tandan Kosong Sawit Menyuburkan Tanah Dan Memanfaatkan Tanaman Kelapa Sawit

Buah Tandan Kosong Sawit Menyuburkan Tanah Dan Memanfaatkan Tanaman Kelapa Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Buah tandan kosong kelapa sawit mengandungi nutrien yang boleh dikitar semula semasa digunakan sebagai bahan sungkupan di ladang. Kegunaannya di bidang ini bukanlah perkara baru dan sudah lama dipraktikkan dalam amalan agronomi ladang kelapa sawit buat berpuluh-puluh tahun lamanya.

Seperti sedia maklum, satu tan buah tandan kosong sawit mempunyai kandungan nutrien bersamaan 7.0 kg urea (sumber nitrogen, N), 2.8 kg rock phosphate (sumber fosfat, P), 19.3 kg potassium chloride (sumber kalium, K) dan 4.4 kg magnesium sulphate (sumber magnesium, Mg). Dengan itu, penggunaan buah tandan kosong sawit bukan sahaja dapat memupuk pertumbuhan tanaman sawit, malah akan menjimatkan kos pembajaan. Buah tandan kosong sawit juga boleh dibakar menjadi abu yang sama-sama memberi kesan pembajaan tertentu.

Walau bagaimanapun, proses pembakaran tersebut bagi penghasilan abu buah tandan kosong akan mencemarkan alam sekitar dengan habuk-habuk dan bau sengit berhamburan di ruang udara. Justeru, melainkan kelengkapan prosesan lebih mesra alam dipasang, penggunaan abu buah tandan kosong sawit mungkin terpaksa digantikan dengan buah tandan kosong mentah sahaja yang sama-sama menunjukkan kesan setanding.

Abu Buah Tandan Kosong Sawit

Abu buah tandan kosong sawit mengandungi 40% K2O, 3-4% P2O5, 5-6% MgO dan 4-5% CaO. Kandungan N pula telah lesap dalam proses pembakaran. Nilai pH bagi abu buah tandan kosong sawit mencapai 12, justeru merupakan bahan yang baik bagi meneutralkan tanah yang masam.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan tahap kalium boleh tukar (exchangeable K) dalam tanah. Selepas penggunaan abu ini, didapati pengeluaran hasil sawit adalah lebih tinggi daripada penggunaan potassium chloride pada dos yang sama (misalnya, 3 kg abu buah tandan kosong sawit adalah bersamaan dengan 2 kg potassium chloride).

Risiko kehilanagan nitrogen pada kadar yang banyak telah menyebabkan abu buah tandan kosong sawit tidak galak diguna bersama dengan baja nitrogen. Di samping memberi manfaat kepada tanah asid sulphate dari segi meneutralkan kemasamannya, abu tandan kosong juga akan meningkatkan kadar reputan biojisim yang terkandung di dalam tanah gambut dan lantaran itu, akan memupuk pelepasan nitrogen daripada tanah tersebut. Dari segi ini, ia sebenarnya membantu menjimat kos pembajaan nitrogen dan kalium sekiranya abu buah tandan kosong sawit digunakan di kawasan gambut.

Buah Tandan Kosong Sawit Menambah Keberkesanan Tanah

Di negara-negara Asia Tenggara dan Afrika Barat, buah tandan kosong sawit telah digunakan secara besar-besaran sebagai bahan sungkupan di ladang sawit. Melalui kajian berkenaan, kesannya di bidang ini didapati adalah positif. Di Malaysia, buah tandan kosong sawit digunakan pada kuantiti 25 – 30 tan/ha sebagai litupan pusingan pertama selepas anak sawit dipindah tanam. Pada 14 bulan kemudian diikuti pula litupan pusingan kedua menurut kuantiti yang sama.

Dari amalan ini didapati pertumbuhan vegetatif pokok sawit dan pengeluaran hasil adalah lebih baik. Bahkan, kos adalah 50 – 60% lebih rendah daripada kos pembajaan biasa. Penggunaan buah tandan kosong sawit pada tanaman sawit belum matang adalah dengan cara menyeraknya secara rata ke rata ke dalam bulatan merumput, bergarispusat antara 1 – 1.5m, dikira 5cm dari pangkal batang pokok.

Mendapat Hasil Lebih Awal

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Amalan penyungkupan buah tandan kosong sawit di ladang walaupun kelihatan semacam suatu kos tambahan (seperti kos pengangkutan dan kos buruh) kepada operasi ladang, namun kos tersebut dapat ditebusi melalui pengeluaran hasil buah sawit lebih awal serta pengecualian kos merumput pada tahun pertama. Kesan sungkupan daripada buah tandan kosong sawit juga adalah bergantung pada keadaan tanah.

Litupannya pada tanah kurang subur tentu mendatangkan kesan yang lebih ketara jika dibandingkan dengan kesan penggunaan pada tanah subur. Menurut sumber, di dalam kajian perbandingan berkaitan antara plot yang telah disungkupi dengan buah tandan kosong sawit beserta penggunaan baja telah menunjukkan pengeluaran hasil untuk 4 tahun pertama adalah 12.5 tan/ha lebih banyak daripada plot kawalan yang tidak menggunakan apa-apa. Bahkan, hasil buah tetap lebih tinggi sebanyak 6 tan/ha bagi plot yang disungkupi dengan buah tandan kosong beserta baja jika dibandingkan dengan plot yang menggunakan baja terbaik tetapi tanpa sungkupan buah tandan kosong sawit.

Proses Kitar Semula Nutrien Adalah Cepat

Kitaran semula nutrien buah tandan kosong sawit ke dalam tanah juga agak cepat. 6 bulan selepas penggunaannya di ladang, lebih kurang 90% nutrien kalium telah dirembeskan. Sehubungan, 50% buah tandan kosong tersebut telah menjadi jirim kering dan urai atas tanah dalam tempoh 3 bulan sahaja. Uraian ini meningkat kepada 70% selepas 8 bulan, menunjukkan kadar reputan yang agak pantas.

Di Malaysia, satu kajian berkenaan yang besar menunjukkan bahawa kos penggunaan buah tandan kosong sawit adalah lebih rendah sebanyak 33% jika dibandingkan dengan kos pembajaan konvensional bukan organik. Satu kajian yang lain malah menunjukkan bahawa buah tandan kosong sawit boleh menggantikan baja bukan organik dengan sepenuhnya!

Selain Kesan sungkupan tersebut tadi, kesan-kesan positif yang lain termasuklah peningkatan paras NPK daun serta mengurangkan kehilangan tanah permukaan ekoran hakisan tanah. Kegiatan litupan dengan buah tandan kosong sawit dijalankan sekali pada setiap 3 – 4 tahun sudah memadai memandangkan kesan setiap kali boleh bertahan beberapa tahun lamanya.

Ladang Kurang Subur Lebih Memerlukannya

Sungguhpun begitu, aspek ini juga bergantung pada keadaan tertentu termasuk punca datangnya buah tandan kosong dan jenis tanah. Ladang terlalu besar mungkin tidak dapat disungkupi secara rata. Oleh itu, pengagihan harus dijalankan dan dalam keadaan ini, tanah kurang subur mungkin memerlukannya kerana akan mendapat kesan yang lebih ketara dan baik.

Bagi kawasan sawit matang, kuantiti buah tandan kosong yang perlu digunakan adalah berbeza-beza mengikut keadaan. Ada pihak yang mencadangkan penggunaan 75 tan/ha serta ditokok tambah 0.75 kg urea dan 1 kg rock phosphate pada setiap pokok. Kombinasi ini dijangka dapat memenuhi keperluan nutrien tanaman sawit buat selama 12 – 18 bulan. Kaedah atau amalan ini diulang semula pada setiap 3 – 4 tahun. Jadual 1 menunjukkan cadangan kuantiti penggunaan buah tandan kosong sawit dan kombinasi baja pada ladang sawit belum matang dan yang matang.

 

Sumber Maklumat :

P.D. Turner and R.A. Gillbanks, Oil Palm Cultivation and Management, ISP, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :