You are currently viewing Jimat Pusingan Membaja Prestasi Hasil Sawit Tetap Baik

Jimat Pusingan Membaja Prestasi Hasil Sawit Tetap Baik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Taburan hujan di Sabah amnya lebih tinggi daripada kawasan semenanjung Malaysia. Selepas menolak hari berhujan, hanya 8 bulan sahaja setiap tahun sesuai untuk pembajaan sawit. Pembajaan menggunakan baja tunggal kebiasaan memerlukan 7 – 8 pusingan setahun. Dalam keadaan kekurangan tenaga buruh, amalan pembajaan ini akan dipengaruhi dan menyebabkan pembajaan terputus serta tanaman menghadapi kekurangan nutrien. Sesetengah ladang sawit menggunakan baja campuran, namun amalan ini juga memerlukan 5 – 6 pusingan pembajaan. Kedua-dua amalan pembajaan ini walaupun lebih murah berbanding baja sebatian, tetapi jika tidak mencapai objektif peningkatan hasil, ia wujud sebagai amalan tidak berbaloi.

Di kawasan Kinabatangan, Sabah, satu kajian pernah dilakukan ke atas sebuah ladang yang ditanami sawit DxP pada tahun 1998. Ladang itu berada di zon taburan hujan tahunan yang tinggi sehingga 3,500 – 4,000mm. Kajian tersebut melibatkan pembajaan dengan baja campuran 6 kali setahun dan pembajaan dengan baja sebatian 4 kali setahun. Kajian tersebut bermula pada tahun 2011 untuk selama 48 bulan.

Hasil kajian tersebut mendapati hasil sawit terkumpul dari tahun kutipan hasil pertama sehingga keempat hanya berbeza sebanyak satu tan/ha yakni satu julat yang tidak ketara. Perbezaan terbesar wujud di sisi pusingan membaja. Kedua-dua plot kajian itu juga tidak mengesan perbezaan ketara dalam aspek berat buah tandan sawit yang masing-masing mencatatkan peningkatan 8% di plot yang menggunakan baja sebatian dan 11% di plot yang menggunakan baja campuran pada tahun kutipan hasil pertama dan keempat. Dari segi perangkaan, julat ini diklasifikasikan sebagai tidak ketara.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Memandangkan hasil terkumpul sawit tidak jauh berbeza di antara amalan pembajaan dengan baja campuran dan baja sebatian yang masing-masing diaplikasi 6 kali setahun dan 4 kali setahun, maka dalam keadaan kekurangan tenaga buruh serta menghadapi taburan hujan yang tinggi, maka lebih baik menerapkan amalan pembajaan dengan baja sebatian bagi menjimat tenaga buruh. Bagaimanapun, pembajaan di kawasan bertaburan hujan sederhana atau rendah, baja campuran tetap boleh digunakan dalam program pembajaan dengan cara mengurangkan kadar pembajaan setiap pusingan tetapi meningkatkan pusingan pembajaan. Ini kerana didapati amalan ini mendatangkan hasil yang lebih tinggi.

 

Sumber maklumat :

Lee Teck Fah et al., “Reduced fertilizer rounds trials :comparison between compound and mixture fertilizers in high rainfall environment”, Oil Palm Buletin 73 (Nov. 2016), pp. 6-9.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :