Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Tanah gambut telah banyak digunakan untuk penanaman sawit. Keadaan ini lebih lumrah di negeri Sarawak kerana wujud tanah gambut secara meluas di negeri itu. Tanah gambut hanya sesuai untuk tanaman tertentu sahaja. Bagi tanaman sawit, tanah gambut perlu dibaik pulih sebelum boleh digunakan. Hal ini termasuk juga kepadatan pokok sawit. Jika menurut Corley, kepadatan yang sesuai untuk tanah gambut biasa ialah 158 pokok/ha. Ini hasil kajian yang diperolehi dahulu semasa membuat kajian di bidang itu.
Namun begitu, kajian berkenaan terus dijalankan oleh penyelidik lain termasuk kajian di Teluk Intan, Perak oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selama 16 tahun (1985-2001). Tanah gambut di situ bersifat mendalam dengan ketebalan gambut 3m hingga 4m iaitu sejenis tanah gambut dikenali sebagai Klias. Kajian di tanah ini semata-mata untuk menilai kepadatan pokok yang sesuai serta kadar baja NPK yang munasabah.
Dalam kajian ini, 3 jenis kepadatan telah digunakan, masing-masing iaitu 120 pokok, 160 pokok dan 200 pokok/ha. Bahan tanaman yang digunakan ialah DxP yang ditanam mengikut jarak 9.8m, 8.5m dan 7.6m. Kajian ini selain meninjau kesan kepadatan terhadap hasil sawit, ia juga menilai kesan kandungan minyak mengikut kepadatan pokok yang berbeza-beza.
Kadar Jangkitan Ganoderma Meningkat Mengikut Kepadatan Pokok
Penyakit Ganoderma masih penyakit utama di bidang sawit. Kini ia juga berlaku ke atas tanah gambut. Dalam kajian itu, didapati semakin tinggi kepadatan semakin meningkat kadar jangkitan penyakit itu iaitu 120 pokok/ha mengalami jangkitan 14.8%, 160 pokok/ha 15.4% dan 200 pokok/ha 20.8%. Keadaan ini mudah difahami kerana jarak tanaman yang dekat meningkatkan kadar sentuhan antara akar.
Hasil Sawit Meningkat Mengikut Kepadatan Pokok

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Hasil untuk kepadatan 120 pokok/ha meningkat 21.3%, kepadatan 160 pokok meningkat 20.8% dan kepdatan 200 pokok/ha meningkat 22.3%. Ini hasil diperolehi daripada kajian penanaman 16 tahun (atau pengeluaran hasil selama 13 tahun). Hal sedemikian menyimpulkan bahawa kepadatan 200 pokok/ha memberi hasil sawit tertinggi. Kepadatan ini juga memberi kadar perahan minyak isirung yang paling tinggi berbanding kepadatan lain. Perkara ini boleh difahamkan sebagai kepadatan tinggi telah menjana kesan naungan yang lebih baik justeru meningkatkan kandungan minyak sawit.
Dari segi keperluan nutrien, kajian tersebut memperolehi keputusan bahawa tanaman sawit di tanah gambut mendalam memerlukan N dan P pada kadar yang rendah manakala K pada kadar yang lebih tinggi. Terutama urea (sumber N) memberi kesan positif terhadap hasil sawit termasuk juga kesan positif ke atas bilangan buah tandan dan berat buah tandan yang dihasilkan di peringkat pengeluaran hasil awalan. Di peringkat akhir penanaman, P tidak harus digunakan pada kadar yang tinggi kerana langkah itu kelihatan menurunkan berat buah tandan.
Maka itu disarankan bahawa semasa buah tandan matang, penaburan urea dan CIRP (sumber P) masing-masing ditabur dalam kadar tidak melebihi 1kg/pokok/tahun. Pada masa yang sama, kalium ditaburkan pada kadar 6 – 8kg/pokok/tahun bagi meningkatkan hasil, bilangan dan berat buah tandan.
Jumlah Hasil Untuk 3 Kepadatan Yang Berlainan
Jumlah hasil untuk kepadatan 120 pokok/ha ialah 21 tan/ha/tahun, 160 pokok/ha pada 26 tan/ha/tahun dan 200 pokok/ha pada 29 tan/ha/tahun. Kepadatan 200 pokok/ha juga memberi kadar pulangan dalaman (IRR) dan nilai bersih semasa (NPV) yang paling baik di samping juga tempoh pulang modal yang paling singkat (7 tahun). Kepadatan 120 pokok/ha pula memberi kadar pulangan yang paling rendah.
Sumber maklumat :
Mohd Tayeb Dolmat et al., High Oil Palm Planting On Peat Soil, MPOB, 2003.