You are currently viewing Penyelidik UPM Hasilkan Nanoselulosa Biomas Sawit Skala Komersial

Penyelidik UPM Hasilkan Nanoselulosa Biomas Sawit Skala Komersial

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Malaysia merupakan salah satu pengeluar komoditi utama minyak sawit di dunia. Bagi menghasilkan minyak sawit, telah dianggarkan sebanyak 44 juta ton sisa biomas sawit terhasil dan ia menyumbang kepada lambakan sisa industri sawit.

Biomas sawit merupakan bahan lignoselulosa yang mempunyai banyak potensi untuk penghasilan pelbagai produk. Melihat kepada potensi tersebut, pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah membangunkan inovasi Nanoselulosa Biomas Sawit yang mempunyai pelbagai kegunaan, contohnya dalam bidang polimer dan bahan komposit, pulpa dan kertas, bahan kosmetik, cat serta industri makanan. Teknologi yang dibangunkan di UPM dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun ini telah dipertingkatkan kepada skala komersil melalui pemeteraian memorandum perjanjian pelesenan (MoA) bersama syarikat ZoepNano Sdn. Bhd. (ZoepNano). Prof. Hidayah telah memulakan penyelidikan ini sejak hampir 10 tahun yang lalu berkongsi mengenai keunikan produk inovasi ini.

 “Nanoselulosa yang dihasilkan dari biomas sawit merupakan bahan yang versatil oleh kerana potensi penggunaannya yang merentasi pelbagai bidang – dari industri polimer, bahan kimia, kosmetik, farmaseutikal sehinggalah kepada industri makanan. Pasukan kami telah berjaya menghasilkan nanoselulosa dalam bentuk kering (serbuk), dan mengekalkan saiz partikel dalam skala nano (30 – 50 nm) tanpa sebarang modifikasi atau penambahan bahan kimia.  Teknik yang digunakan adalah mudah dan menarik minat pemain industri untuk dikomersilkan bagi memenuhi pelbagai keperluan industri di pasaran”, jelas Prof. Hidayah.

Selain itu, sifat istimewa nanoselulosa yang memberi kekuatan dari segi mekanikal, mempunyai luas permukaan spesifik yang tinggi, diperbuat dari bahan boleh diperbaharui serta boleh terurai secara bio (boleh biodegradasi) merupakan ciri penting yang dijangka mampu menarik minat ramai pihak.

“Inovasi ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak Kyushu Institute of Technology, dan mendapat tajaan geran penyelidikan daripada Japan Science and Technology Agency (JST), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta tersenarai sebagai penerima Geran Validasi Pasaran dari Putra Science Park, UPM,” tambah beliau.

Inovasi nanoselulosa daripada biomas sawit ini pernah menerima anugerah Most Commercial Ready Product dan Most Innovative Product semasa di Bioeconomy Innovation Award 2017. Selain itu, produk nanoselulosa hasil inovasi UPM ini juga telah diperakui keaslian sebagai bahan nano melalui pensijilan logo NanoVerified. iaitu pensijilan di bawah program NANOVerify yang merupakan program pensijilan nano yang diiktiraf di seluruh dunia.

 

“Kerjasama strategik dengan syarikat ZoepNano Sdn. Bhd. ini bukan hanya membolehkan pertukaran kepakaran, idea dan wawasan malah dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak. Namun yang penting ia sebagai platform untuk mengangkat inovasi tempatan ini untuk dipasarkan ke negara luar seperti Jepun kerana konsep inovasi hijau yang diketengahkan adalah menarik,” jelas Dr. Liana Noor Megashah, Ketua Pegawai Eksekutif ZoepNano Sdn. Bhd. pada Majlis Pertukaran MoA Nanoselulosa Biomas Sawit antara UPM dan ZoepNano Sdn. Bhd baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Dr. Liana merupakan alumni UPM yang terlibat secara langsung dalam peringkat pembangunan produk nanoselulosa ini. Berikutan keyakinan terhadap potensi produk ini, beliau telah menyahut cabaran dan mengambil risiko menjadi usahawan muda bagi mengetengahkan inovasi nanoselulosa melalui program validasi pasaran InnoHub UPM yang membawa kepada penubuhan syarikat ZoepNano sebagai syarikat pemula (Start-up Company).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sebagai tambahan, UPM melalui inisiatif program InnoHub amat komited bagi memastikan hasil penyelidikan UPM dapat dikomersilkan melalui program pembangunan syarikat pemula di bawah Putra Science Park, UPM. Sehingga kini UPM telah berjaya membangunkan 77 syarikat pemula yang berusaha membawa teknologi baharu ke pasaran di dalam pelbagai bidang.

Program penubuhan InnoHub melalui Putra Science Park, UPM terbukti berkesan dalam melahirkan usahawan muda yang berani menempuh cabaran dan sanggup menghadapi risiko untuk bersaing hingga ke pasaran dunia.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hair Bejo, selaku Pengarah Putra Science Park (PSP) memberitahu, UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara serta mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan.
 
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Professor Ts. Dr. Hidayah Ariffin
Penyelidik
Fakulti Bioteknologi dan Sains Molekul
Universiti Putra Malaysia
E-mel: hidayah@upm.edu.my
Tel: 012-6790378
 
Dr. Liana Noor Megashah
CEO ZeopNano Sdn. Bhd
Unit Innohub
Putra Science Park UPM
Emel: zoepnano@gmail.com
Tel: 019-4921298
 
Maklumat lanjut berkaitan inovasi / pengkomersialan hasil penyelidikan UPM :

Cik Nor Azizah Ismail  
Pegawai Eksekutif
Bhgn. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi
Putra Science Park UPM
017-6844721   | i_norazizah@upm.edu.my

Sumber :

Penyelidik UPM Hasilkan Nanoselulosa Biomas Sawit Skala Komersial
Oleh : Nor Azizah Ismail,
Bhg. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park UPM

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :