Pengenalan
Buah-buahan sitrus berasal daripada famili Rutaceae (famili buah oren) termasuk limau mandarin (Citrus suhuensis Hort), limau madu, pomelo (Citrus grandis), limau bali dan kalamansi. Buah sitrus kaya dengan vitamin C, asid buah dan gula buah. Ia juga digunakan sebagai sumber minyak pati dalam industri kosmetik.
Kalamansi (Citrofortunella microcarpa) juga dikenali sebagai limau kasturi. la banyak digunakan dalam kehidupan harian. Kegunaan jusnya dapat membantu mencegah penyakit pernafasan, penghasilan cordial dan sebagainya.
Buah Sitrus Untuk Pembuatan Kordial
Kordial buah-buahan ialah minuman pekat yang diproses daripada buah-buahan. Kandungan jus buah tulen dalam cordial buah-buahan mestilah tidak kurang daripada 25% dan boleh mengandungi perisa, kondisioner makanan, pewarna dan pengawet.
Kaedah bermula dengan mencairkan gula dalam air dan kemudian bercampur dengan jus buah dipasteur pada suhu 80°C selama 2 minit. Seterusnya agen pemekat (kondisioner makanan) dicampurkan serta mengacaunya. Produk yang terhasil adalah pekat dan perlu dicairkan sebelum diminum. Nisbah pencairan adalah 1:4, 1:6 atau 1:9.
Di sisi minuman jus sitrus, Peraturan Makanan 1985 telah juga mengklasifikasikan minuman jus buah sebagai minuman terus dan mesti mengandungi tidak kurang daripada 35% jus. la boleh ditambah pewarna, perisa, kondisioner makanan dan pengawet.
Buatan Jus
Jus yang telah diekstrak dipanaskan perlahan-lahan. Kemudian gula, asid makanan, perisa, kondisioner makanan dan pengawet ditambah. Produk juga dipasteur pada suhu 80°C selama 2 minit.
Marmalad
Marmalad ialah produk seakan jeli yang digunakan sebagai sapuan dengan roti. Menurut Peraturan Makanan 1985, kandungan jus dalam produk tidak boleh kurang daripada 35% dan boleh mengandungi pengawet, pewarna dan kondisioner makanan.

FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Limau mandarin sangat sesuai diproses menjadi marmalad. Proses penyahhijauan dijalankan pada limau mandarin selama 24 – 48 jam untuk mendapatkan kulit berwarna oren. Kemudian buahnya dicuci dan dicelur. Kulit buah limau dihiris nipis dan direndam dalam larutan gula. Larutan gula dituskan daripada hirisan kulit buah limau sebelum digunakan.
Di samping itu, jus dipanaskan perlahan-lahan. Pektin (agen penggelan) ditambah kepada gula dengan nisbah 1:3. Selepas itu, gula-pektin ditambahkan kepada jus dan dikacau. Seterusnya, produk dibiarkan sejuk dan dimasukkan ke dalam botol seperti carta alir 1.
Jeruk buah kering
Buah kalamansi boleh diproses menjadi jeruk buah kering. Lapisan buah kulit dikikis dan direndam dalam larutan garam 15 – 18%. Selepas 3 – 4 minggu, buah-buahan dituskan dan dikering hingga separa kering. Kemudiannya dicampur dengan serbuk “Kam Cho”. Peringkat pemprosesan adalah seperti dalam carta alir 2.
Kulit Buah Sitrus Bernilai Komersial
Kulit buah-buahan sitrus seperti pomelo boleh diproses menjadi halwa rangup, halwa kulit tebal dan kulit masam masin manis. Lapisan hijau di bahagian buah pomelo diasingkan terlebih dahulu, kemudian kulit buah dihiris. Hirisan kulit direndam di dalam larutan garam 10% dan diperah untuk mengelurakan lebihan air. Selepas itu, kulit diasingkan mengikut produk untuk dihasilkan.
Sumber Maklumat :
Wan Zairi Wan Abdul Manaff dan Fatimah Mohd. Zaway, “Produk Hiliran Daripada Buah Sitrus Tempatan”, Buletin Teknologi Makanan, Bil. 5 (2008), MARDI.
PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com