You are currently viewing Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 2/2)

Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 2/2)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Sambungan dari : Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 1/2)

 

Daripada ujian keenam dalam kajian berkenaan, didapati corak pembuahan awalan yang tinggi telah diteruskan sehingga tahun ketujuh lepas tanam. Begitu juga dengan pokok berhasil dan sederhana pokok berhasil rendah menunjukkan hasil sederhana dan rendah masing-masing mengikut corak yang sama (sila lihat gambarajah 2). Hal ini menyatakan corak pengeluaran hasil pokok di peringkat awal sama ada tinggi, sederhana atau rendah akan terbawa ke peringkat kematangannya, iaitu, pokok berhasil tinggi akan terus memberi hasil tinggi manakala pokok berhasil sederhana akan mirip memberi jumlah hasil yang sederhana. Begitu juga dengan pokok berhasil rendah hanya akan memberi hasil yang rendah.

Dengan kata lain, kehadiran dan pengekalan pokok-pokok berhasil rendah akan terus memberi hasil rendah buat selama 20 lebih tahun sehingga ke peringkat tanam semula. Kerugian hasil seumpama ini dapat diminimumkan jika langkah menyulam diambil lebih awal.

Hasil kajian selanjutnya menunjukkan 6% pokok berhasil rendah yang wujud dalam kepadatan 136 pokok/ha yang sekadar memberi hasil 0.41 tan/ha/tahun itu jika digantikan dengan 6% pokok berhasil normal, maka hasil buah tandan segar yang mampu diperolehi ialah 1.39 tan/ha/tahun, iaitu penambahan 0.98 tan/ha/tahun, atau bersamaan dengan 19.6 tan/ha untuk jangka masa 20 tahun (0.98 tan x 20 tahun). (Nota pengarang Pada harga buah tandan segar RM350/tan sebagai contoh, ia merupakan kerugian RM6,860/ha (19.6 tan x RM350) dalam masa 20 tahun. Keluasan 10 ha akan mengalami kerugian hasil buah tandan segar sebanyak RM68,600 dalam tempoh 20 tahun, iaitu satu kerugian yang amat ketara).

Pokok berhasil rendah yang dimaksudkan dalam kajian adalah merujuk kepada hasil buah tandan segar pokok sekadar 50 kg/pokok/tahun manakala pokok berhasil tinggi merujuk kepada pokok yang memberi hasil buah tandan segar sebanyak 170 kg/pokok/tahun. Memandangkan rawatan baja sudah disyorkan tidak mampu memperbaiki potensi dan corak pembuahan pokok, maka boleh dikatakan aspek potensi pokok sukar diperbaiki melalui amalan agronomi.

Kurang Bunga Kurang Hasil

Dalam plot ketujuh, pembungaan pokok berusia antara 13 – 30 bulan telah dicatatkan (sila lihat jadual 1). Menurut catatan tersebut, sebanyak 7.2% pokok tidak mengeluarkan sebarang bunga betina. Menjelang kematangan, pokok-pokok ini hanya memberi hasil purata buah tandan segar yang rendah, sekadar di antara 11.30 19.13 tan/ha/tahun manakala pokok sebaya ( berusia 13 – 30 bulan lepas tanam) yang berbunga betina pada masa yang sama, hasil purata buah tandan segar tersebut mencapai tahap lebih tinggi, iaitu di antara 23.40- 24.15 tan/ha/tahun menunjukkan perbezaan hasil purata sebanyak 8.56 tan/ha/tahun. Julat ini merupakan kerugian hasil. Walaupun catatan hasil diambil dari pokok-pokok yang baru matang, namun corak pembuahan tersebut akan diteruskan secara semula jadi ke peringkat kematangan seperti disyorkan dalam gambarajah 2. Harapan bagi corak pengeluaran hasil tersebut diperbaiki amatlah tipis.

Dengan memahami hakikat ini, maka langkah selanjutnya boleh diambil ke atas pokok-pokok berhasil rendah. Pokok-pokok muda selagi tidak berbunga atau sekadar menghasilkan bunga yang amat sedikit mengimplikasikan potensi pembuahan yang rendah pada masa seterusnya. Pokok-pokok ini boleh dipertimbangkan untuk disulam dengan anak benih besar sihat berumur 24 bulan. Tindakan ini akan memastikan hasil ladang tidak terjejas oleh pokok-pokok berkualiti rendah dan yang penting, mengelakkan kerugian hasil seperti dibentangkan tadi.

Sebelum keputusan menyulam diambil, pokok tersebut harus dipastikan sebagai pokok yang benar-benar berhasil rendah. Ada kala naungan berlebihan terutama dalam keadaan tanam bawahan (underplanting) telah menyebabkan pokok-pokok muda lemah dari segi pembuahan awalan akibat kekurangan penerimaan cahaya matahari. Kelembapan proses fotosintesis adalah punca kepada pembuahan awalan yang kurang memuaskan dan tidak harus dibabitkannya dengan aspek potensi pokok-pokok tersebut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Dari Mana Datangnya Pokok-Pokok Berhasil Rendah ?

Tam (1973) pernah menunjukkan semaian sawit abnormal akan memberi hasil buah sawit yang rendah di peringkat kematangan. Dengan kata bahan-bahan tanaman lain, penggunaan berkualiti tinggi dan tulen akan dapat meminimumkan keadaan tersebut. Di sisi ini, penakaian semasa pengeluaran biji benih oleh pengeluar biji benih dan penakaian anak benih oleh pengusaha tapak semaian sebelum dihantar ke ladang amatlah penting untuk meminimumkan kewujudan pokok-pokok berhasil rendah di peringkat ladang nanti. Namun begitu, terdapat juga pokok yang normal tetap berhasil rendah sepanjang masa walaupun keadaannya adalah normal di peringkat tapak semaian dan di ladang.


Bagi pokok matang, kerendahan pengeluaran hasil amnya berasal dari pokok mandul (sterile palms), pokok gugur (abortive) atau pokok abnormal. Pandangan konservatif menunjukkan bahawa 5% – 10% pokok di ladang merupakan pokok berhasil rendah yang disebabkan oleh faktor-faktor berikut :

• Pemilihan dan penakaian yang kurang efisyen sehingga pokok tersebut dipindah tanam di ladang walaupun umur pokok adalah tepat semasa dipindah tanam.

• Penanaman semaian yang belum cukup umur di ladang. Ini disebabkan oleh semaian tersebut belum kembang sepenuhnya dan ciri-ciri abnormal yang sedia ada belum dapat dikesan semasa pindah tanam.

• Kecacatan dalaman bahan tanaman seperti nisbah jantina yang rendah (bunga jantan yang banyak manakala bunga betina berkurangan), kadar keguguran dan kegagalan bunga yang tinggi, kadar pembentukan set buah yang rendah dan sebagainya.

 

 

Sumber maklumat :

K. H. Yeow, T.K. Tam, Y.C. Poon and P.Y. Toh, “Recent Innovation in Agronomic Practice: Palm replacement During Immaturity”, The Oil Palm In Agriculture In The Eighties, Vol. II, Editors E. Pushparajah and Chew Poh Soon, ISP, 1982.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :