You are currently viewing Meningkatkan Pendapatan Melalui Penanaman Klon Sawit

Meningkatkan Pendapatan Melalui Penanaman Klon Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Pokok sawit DxP atau juga dikenali Tenera tidak terkecuali daripada pengaruh sifat ke lainan daripada induk (heterogeneous). Sifat ini menyebabkan bahan tanaman dari biji benih tidak memiliki sifat 100% pokok induk. Dengan kata lain, sifat heterogeneous ini mewujudkan perbezaan hasil di kalangan pokok. Keadaan ini mudah dikesan terutama di ladang yang sama tetapi hasil pokok adalah berbeza di antara satu sama lain, malahan ada pokok menunjukkan pengeluaran hasil rendah dengan ketara. Sehubungan itu, memang satu perkara biasa di ladang sawit yang mana ada 5-10% pokok adalah berhasil rendah daripada pokok lain. Walaupun pendebungaan terkawal dilakukan dengan ketat dalam pengeluaran biji benih sawit dan amalan ini berjaya mengurangkan perbezaan pretasi pokok sawit, namun sifat heterogeneous tetap wujud di sektor ini.

Untuk menangani masalah ini, klon (kultur tisu) sawit telah diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan bagi mengatasi perkara ini.

Klon sawit menggunakan induk (ortet) terpilih untuk menghasilkan anak benih klon (ramet) kemudian disemai di tapak semaian sebelum ditanam di ladang. Sifat heterogeneous tidak wujud dalam anak benih klon. Walau bagaimanapun, adanya satu masalah wujud pula dalam penghasilan anak benih kolon iaitu variasi somaklonal yang akan menghasilkan pokok klon sawit yang cacat. Sungguhpun begitu, berikutan kemajuan bio-teknologi, kini kadar variasi somacklonal sudah berada < 5% iaitu tahap yang boleh diterima oleh pemain industri.

Setelah bebas dari pengaruh sifa heterogeneous dan variasi somaklonal, klon sawit kini wujud sebagai bahan tanaman optimum untuk penanaman di ladang. Klon sawit menghasilkan minyak lebih tinggi sekurang-kurangnya 20% berbanding DXP. Memandangkan kos kultur lebih tinggi serta kekurangan bahan tanaman ini di pasaran, harga anak benih klon sawit juga lebih tinggi antara RM20-RM40 sepokok berbanding DxP dalam lingkungan RM12-RM14 sepokok.

Sektor pekebun kecil mungkin menganggap ini satu beban jika kebun ditanami sawit klon, tetapi sektor perladangan sudah mula menanam klon sawit dengan skala besar untuk mendapat hasil minyak lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan mereka. Biarpun anak benih klon sawit dikatakan memerlukan pengurusan lebih rapi di peringkat awal berbanding DxP, tetapi rasanya ini bukan faktor menghalang pekebun kecil daripada menanam bahan tanaman ini, sebaliknya pendapatan jualan sawit mereka berdasarkan berat buah tandan segar kelihatan adalah punca utama mereka menolak sawit klon.

Pada hakikat, pengiraan pendapatan hasil sawit di kilang kepada pekebun kecil juga berdasarkan kandungan minyak sawit. Umpamanya kadar perahan minyak (OER) dalam buah tandan segar adalah satu komponen penting dalam mengira pendapatan tersebut. Pemahaman sepenuhnya terhadap perkara ini akan membuka satu halaman baru dalam industri sawit Malaysia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Hasil kajian di Sarawak (6-7 tahun minyak terkumpul) telah menunjukkan hasilan minyak klon sawit lebih tinggi 10 37% berbanding DxP. Di Sabah juga minyak terkumpul selama 9-10 tahun dari klon sawit lebih tinggi 28 – 55% jika dibandingkan dengan DxP.

Dari segi pengeluaran buah tandan segar, klon sawit juga menunjukkan prestasi yang tinggi. Umpamanya ada satu kajian United Plantations menunjukkan hasil buah tandan segar bermula tahun kutipan hasil pertama sehingga tahun ke-7 masing-masing mencatatkan 24 tan, 29.9 tan, 30.9 tan, 34.2 tan, 40.1 tan, 36.3 tan dan 37.8 tan serta penghasilan minyak melebihi 10 tan/ha selepas tahun kutipan hasil kedua. Bahan tanaman FELDA juga menunjukkan prestasi yang tinggi melebihi 8 tan/ha dalam perolehan minyak sawit. Bahan Tanaman AAR juga memberi prestasi setanding manakala hasilan minyak kajian MPOB adalah melebihi 7 tan/ha. Beberapa kajian lain turut menunjukkan klon sawit bukan sahaja lebih tinggi dalam kandungan minyak melebihi DxP sebanyak 20-30%, malahan hasil buah tandan segar juga lebih tinggi 20-30% berbanding DxP.

 

Bahan rujukan :

Esnan Ab Ghani, Idris Omar (Penyunting), Perusahaan Sawit Di Malaysia: Satu Panduan, MPOB, 2009, hal. 66-74.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :