Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Setakat tahun 2016, keluasan tanaman sawit yang diusahakan di atas tanah gambut di Malaysia berjumlah 666,038 ha merangkumi Sarawak 437,174 ha, Semenanjung Malaysia 207,458 ha dan Sabah 21,406 ha. Tanah ini pada mulanya adalah alam semula jadi dan kini telah bertukar menjadi ladang sawit. Pertukaran ini lambat-laun telah menyebabkan kehilangan seimbangan habitat dan membangkitkan pelbagai masalah seperti serangan ulat daun, anai-anai, ulat bungkus, kumbang tanduk, serangan tikus dan sebagainya. Serangan kupu-kupu Tirathaba mundella wujud sebagai masalah utama tanaman sawit di tanah gambut.
Kupu-kupu T. mundella juga dikenali sebagai kupu buah tandan sawit (bunch moth). Serangannya tertumpu pada mayang jantan dan betina sawit serta buah tandan awalan sawit. Kerugian buah tandan awalan ini boleh mencapai tahap 50% sekiranya serangan berlaku.
Kebiasaan, buah tandan awalan sawit yang telah masak tetapi tidak dikutip atau tumbesaran buah itu sudah terbantut kemudian reput akan menjadi sasaran serangan kupu-kupu T. mundella. Larva kupu-kupu ini yang akan menyerang mayang dan buah tandan awalan dan kemungkinan besar akan mengakibatkan buah tersebut gugur. Larva boleh mengunyah buah terus-menerus selama 14 7 hari. Kupu-kupu tersebut juga membiak dengan cepat justeru serangannya tidak harus dipandang ringan.
Oleh yang demikian, peladang sawit sering memotong dan membuang buah tandan awalan di peringkat 12 – 18 bulan selepas pokok ditanam. Amalan ini dilakukan sekali setiap bulan untuk mencegah serangan kupu-kupu di samping juga berpotensi meningkatkan tumbesaran pokok. Selepas buah tandan awalan dibuang, pokok dapat mengagih sumber makanannya kepada pertumbuhan vegetatif. Penjagaan kebersihan di sekitar pokok juga dipercayai membawa kesan kawalan positif. Namun, adakah perkara ini betul? Satu kajian yang telah dijalankan sudah menafikan pendapat ini.
Kajian yang dijalankan di negeri Sarawak itu melibatkan keluasan tanaman sawit 314.68 ha. Pokok di situ berumur kurang daripada 5 tahun dan sedang menghadapi serangan T. mundella. Di peringkat umur 20, 21.5 dan 23 bulan selepas tanam, buah tandan awalan serta mayang masing-masing disingkirkan. Satu plot kawalan juga disediakan untuk tujuan perbandingan. Pengumpulan data setiap dua bulan selepas tiga pusingan pembuangan buah tandan awalan serta mayang itu menunjukkan plot yang sudah disingkir buah tandan awalan itu mencatatkan kadar serangan kupu T. mundella yang lebih tinggi mencatatkan 41.63% pada bulan ke-20, 13.24% pada bulan ke 21.5 dan 7.68% pada bulan ke-23. Sebaliknya, plot kawalan yang tidak menyingkir sebarang mayang dan buah tandan awalan itu hanya mencatatkan kadar serangan yang lebih rendah, masing-masing pada kadar 17.21%, 4.78% dan 4.55%.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Sehubungan itu, bilangan larva dalam mayang dan buah tandan awalan di plot yang sudah menjalankan amalan penyingkiran mayang dan buah tandan awalan adalah lebih tinggi. Umpamanya hitungan pada bulan ke-20 mendapati 28.68 ekor berbanding hanya 12.84 ekor bagi plot kawalan (plot yang tidak membuang mayang dan buah tandan awalan). Kadar peningkatan ini adalah 123.44%.
Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini menyatakan bahawa sekadar bergantung kepada amalan penyingkiran mayang dan buah tandan awalan tidak mampu mengawal serangan T. mundella khususnya di kawasan yang mengalami serangan serius. Oleh yang demikian, kaedah kawalan lain seperti semburan racun serangga adalah perlu untuk memastikan kesan kawalan yang lebih optimum.
Sumber maklumat :
Su Chong Ming et al., “Field ablation as cultural control for bunch moth Tirathaba mundella infestation in young mature oil palm:, Journal of Oil Palm Research vol. 28 (4) Dec 2016. pp. 463 – 470.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336