You are currently viewing Mengumpan Tikus Di ladang Sawit

Mengumpan Tikus Di ladang Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tikus adalah perosak di ladang sawit. la tidak mendatangkan sebarang kebaikan di ladang sawit, justeru penghapusannya adalah wajib. Jika tidak dikawal, populasi tikus akan meningkat dengan cepat. Menurut sumber, bilangannya akan berganda pada setiap 46 hari. Namun, dalam ekosistem semulajadi, jumlahnya jarang-jarang melebihi 500 ekar per hektar, sebaliknya berada di antara 200 – 500 ekor sahaja.

Walaupun populasi setakat ratusan ekor per hektar, umpamanya 300 ekor/ha, sudah mampu makan 500kg mesokarp sawit iaitu bersamaan kehilangan 250kg minyak sawit. Angka ini merangkumi lebih kurang 5% hasil sawit. Jika mengira sekali buah sawit yang dileraikan daripada pokok sawit, kerugian hasil boleh menjangkau 10%. Jika tiada sebarang amalan kawalan dijalankan, kerugian yang dibawakan oleh perosak ini berpurata 11% setiap tahun.

Kawalan budaya terhadap tikus termasuk memasang kepingan logam pada batang pokok sawit supaya mengelaknya daripada memanjat ke atas pokok pokok dan merosakkan buah sawit. Pemeliharaan burung pungguk jelapang (Tyto alba javanica) bagi memburu tikus juga kaedah berkesan. 98% sumber makanan burung pungguk terdiri daripada tikus. Sepasang burung pungguk dewasa serta anaknya mampu memakan 1,200 – 1,500 ekor tikus dalam tempoh setahun. Jika setiap 8.5 ha memasang satu sarang burung pungguk untuk kediaman sepasang burung, bermakna 160 ekor tikus/ha/tahun akan dimakannya.

Kajian mengenai kesan penggunaan burung pungguk sebagai agen kawalan biologi mendapati kadar serangan asal telah menurun daripada 15 – 20% ke aras 8 – 15% serta menurun daripada 7% ke aras 3% selepas aplikasi burung pungguk di ladang sawit. Sebuah ladang sawit seluas 14,000 ha di Indonesia yang mengalami kerosakan tikus 30% telah diturunkan ke paras 0.14% selepas penerapan burung pungguk di ladang itu. Di Sabah, serangan berpurata 10% setahun oleh tikus juga telah menurun ke 5% selepas membawa masuk burung pungguk.

Di sektor pekebun kecil, kesan kawalan dengan cara ini sangat menonjol apabila kadar serangan sudah diturunkan daripada 24% kepada 10%. Keadaan ini menyatakan burung ini adalah musuh semulajadi terbaik bagi mengawal tikus di ladang sawit. Setiap 10 ha disyorkan memasang satu sarang burung pungguk sudah memadai. Walau bagaimanapun, burung pungguk hanya dapat mengawal serangan tikus ke aras 5%. Demi penghapusan yang lebih optimum lagi, mengumpan dengan umpan tikus adalah penyelesaian yang paling berkesan.

Umpan tikus di masa kini sudah memasuki generasi kedua iaitu umpan dari jenis bromodiolone yang mempunyai perisa tambahan bagi meningkatkan kecekapan Hanya perlu pengumpanan. menabur kepingan umpan tikus ini di bawah pokok mengikut dos rekomendasi, populasi tikus dapat dikawal dengan baik. Rekomendasi ini adalah seperti
berikut :

Kawasan Tanaman Baru

Menabur 2 keping umpan di lokasi pokok tua yang baru ditumbangkan. Sebelum menanam pokok baru, tabur lagi 2 keping umpan. Selepas menanam anak benih pokok, menabur sekeping umpan berjarak 1m dari pangkal pokok. Kemudian, pada setiap 5 hari, menabur sekeping lagi bagi menggantikan umpan yang telah dimakan. Amalan ini diteruskan sehingga kadar umpan dimakan menurun ke bawah 20%.

Pokok Muda Dan Matang

Apabila kadar serangan melebihi 5%, pengumpanan 100% perlu dimulakan segera. Sekeping umpan diletakkan berjarak 1m dari pangkal pokok kemudian mengulangi amalan ini pada setiap 5 hari bagi menggantikan umpan yang telah dimakan sehingga kadar makan umpan jatuh ke bawah 20%. Ladang sawit tersebut kemudian dipantau pada setiap 6 bulan, jika perlu maka memulakan amalan kawalan yang sama sekali lagi.

Bahan rujukan :

1. R.H.V. Corley and P.B. Tinker, “Diseases and Pest of the Oil Palm”, The Oil

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :