All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Penanaman dan pengeksportan durian Vietnam sangat agresif. Selain lonjakan nilai perdagangan buah ini ke China pada tahun ini, kini negaranya pula menyasarkan India iaitu negara yang mempunyai populasi penduduk tertinggi di dunia sebagai pasaran duriannya.
Jabatan Perlindungan Tumbuhan di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) di Vietnam sedang melengkapkan prosedur untuk memudahkan eksport durian Vietnam ke India, kata Timbalan Pengarah Jabatan Nguyễn Thị Thu Hương.
Menurut pegawai itu, durian segar Vietnam dieksport ke 24 pasaran, dan buah sejuk beku ke 23 pasaran. Dalam lapan bulan pertama tahun ini, Việtnam mengeksport lebih 300,000 tan durian segar.
Menurut MARD, dalam tempoh tinjauan, eksport buah-buahan dan sayur-sayuran mencecah USD 3.45 bilion, meningkat 57.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Hasil eksport daripada produk durian sahaja melebihi USD 1.2 bilion, menyumbang 30 peratus daripada jumlah perolehan dan hampir tiga kali ganda daripada keseluruhan tahun lalu (USD 420 juta). Pertumbuhan eksport yang kukuh pada suku kedua 2022 adalah hasil daripada pemeteraian protokol mengenai keperluan kuarantin tumbuhan untuk eksport durian segar dari Vietnam ke China.
Pada masa ini, durian Vietnam dieksport terutamanya ke China. Việtnam mempunyai 422 kawasan penanaman dan 153 kemudahan pembungkusan yang layak untuk mengeksport buah itu ke China.
64 kawasan penanaman lain dan 15 kemudahan pembungkusan sedang melengkapkan prosedur untuk mendapatkan kod pemberian pihak berkuasa China untuk eksport. Selain itu, lebih 600 kawasan penanaman dan 50 kemudahan pembungkusan akan memohon kod untuk eksport durian ke China.
Sumber maklumat :
Viet Nam News, 12/9/23
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd