Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Sebuah ladang sawit klon terpilih yang seluas 99 hektar selepas ditanam 24 bulan memperolehi hasil buah tandan segar melebihi 29% berbanding hasil DxP dalam 2 tahun kutipan hasil pertama. Indek keluasan daun sawit klon yang lebih rendah serta daunnya lebih sempit ditambah lagi sifat konsisten yang lebih tinggi pada sawit klon dipercayai adalah faktor yang menyumbang kepada perolehan hasil yang lebih tinggi. Di ladang sawit klon kepunyaan FELDA (Maheran dan rakan-rakan, 1995), dua tahun kutipan hasil pertama mencatatkan 11.3 tan/ha dan 13.0 tan/ha buah tandan segar berbanding sawit DxP pada 8.7 tan dan 10.2 tan/ha. Umumnya, dari segi penghasilan buah tandan segar ataupun hasilan minyak, prestasi hasil sawit klon adalah melebihi DxP sebanyak 30%.
Namun, pada tahun-tahun awal, bukan kesemua prestasi hasil sawit klon adalah lebih tinggi daripada DxP. Kajian yang dijalankan di Teluk Intan, Perak ke atas 8 jenis klon sawit dari sumber IRHO melaporkan hanya satu jenis yang hasilnya lebih tinggi daripada DxP. Malahan, kesemua jenis sawit klon dari MPOB juga tidak lebih tinggi daripada DxP, yang paling baik pun hanya mencapai aras hasil yang setanding dengan DXP. Keputusan hasil kajian yang kurang baik ini dikatakan berpunca dari pihak berkenaan telah memilih ortet kurang bermutu untuk dijadikan bahan tanaman sawit klon.
Dari segi lain, jenis sawit klon dari PORIM/HRU yang membawa kod P12 hanya mencapai prestasi hasil buah tandan lebih tinggi sebanyak 4% dan 8%. Donough dan Lee (1995) juga melaporkan keputusan serupa iaitu tiada kelebihan sawit klon berbanding DxP dari segi prestasi mereka. Eksperimen mereka itu mencapai keputusan bahawa hanya dua jenis sawit klon yang ditanam di pesisir pantai melebihi hasil DxP sebanyak 11.4% dan 15.7%. Masalah utama keputusan ini dikatakan berpunca dari ortet tidak dipilih dengan baik dalam pembiakbakaan sawit klon.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Sebaliknya, Khaw dan Ng (1998) menggunakan ortet berkualiti tinggi untuk menjana sawit klon dan mereka berjaya memperolehi hasil lebih tinggi secara ketara berbanding dengan DxP, di antaranya satu keluasan 0.4 ha yang ditanami di Sarawak memperolehi hasil buah tandan segar 60.38 tan/ha pada tahun kutipan hasil ke-8. Antara tahun kutipan hasil ke-3 hingga ke-9, purata hasil yang diperolehi pun mencatatkan 50.16 tan/ha. Prestasi ini menggambarkan hasilan minyak pada 15.7 tan/ha di musim pengeluaran hasil yang genting atau hasilan minyak pada 12.5 tan/ha di masa pengeluaran hasil biasa. DxP pula hanya memperolehi 35 – 53% hasil buah tandan dan 31 – 46% hasilan minyak daripada pencapaian sawit klon. Prestasi hasilan minyak yang tinggi ini malah lebih baik daripada rekod yang pernah dilaporkan oleh Breure pada 10.6 tan/ha.
Pemilihan bahan tanaman sawit untuk ditanam harus mementingkan aspek hasilan minyak khasnya dalam situasi peningkatan kos buruh, pengangkutan dan operasi ladang. Menggunakan ortet berkualiti serta mengamalkan pengurusan ladang dengan baik adalah dua faktor utama yang akan menjamin pulangan lebih optimum boleh diperolehi. Jika ortet bermutu dipilih, maka misi untuk memperolehi kadar perahan minyak (OER) melebihi 24 % yakin akan tercapai. Terdapat pengeluar sawit klon secara tetap mendapat hasilan minyak lebih tinggi sebanyak 30% berbanding DxP. Jadual 1 memberi perbandingan antara prestasi sawit klon dan DxP.
Sumber maklumat :
Ng Siew Kee et al., ‘Clonal oil palm: production, yield performance and nutritional requirements’, Oil Palm:Management for large and sustainable yields, Thomas Fairhurst and Rolf Hardter (editors), PPI &PPIC, 2003.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd