Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Harumanis adalah salah satu mangga terbaik di Malaysia. Harumanis mempunyai keunikan rasa yang berbeza berbanding mangga lain. la mempunyai rasa berkrim dengan keharuman aroma yang sangat kuat yang menjadikannya mangga yang paling popular dan digemari ramai. Walaupun Harumanis terkenal dengan harganya yang tinggi dan memerlukan penjagaan yang sangat rumit, ia masih menerima peningkatan permintaan yang berterusan setiap tahun. Seperti varieti mangga yang lain, Harumanis hanya berbuah setahun sekali pada musim utama pengeluarannya sekitar April sehingga Jun. Majoriti pengeluaran adalah terletak di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia terutamanya di Perlis dan Kedah.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat tiga zon agro-iklim yang dibahagikan dengan data iklim unsur seperti purata suhu minimum dan maksimum, purata hujan, bilangan hari hujan, kelembapan dan panjang musim kemarau dalam setahun. Zon pertama ialah zon agro-iklim 1 (ACZ1) yang mempunyai musim kemarau yang jelas yang berlarutan sehingga empat bulan. la merangkumi Perlis, bahagian utara Kedah, Kuala Sedeli, Johor, Marang, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu, Terengganu. Zon ini merupakan zon pengeluar utama Harumanis yang berhasil tinggi. Zon kedua ialah zon agro-iklim 2 (ACZ2) yang mempunyai musim kemarau pendek yang tetap selama satu hingga dua bulan. Ia meliputi kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Penghasilan Harumanis di kawasan ini adalah rendah berbanding dengan hasil yang ditanam di ACZ1. Zon ketiga ialah zon agro-iklim 3 (ACZ3) iaitu kawasan yang mempunyai musim kemarau yang tidak tetap. Percubaan pengeluaran Harumanis di kawasan ini gagal membuahkan sebarang hasil.
Peningkatan pengeluaran besar-besaran Harumanis tidak dapat diperluas di luar ACZ1 disebabkan oleh kepekaannya terhadap perubahan iklim, seperti perubahan monsun, suhu, kelembapan relatif, tempoh sinaran matahari, dan tekanan air. Harumanis memerlukan tempoh musim kemarau berpanjangan yang ketara selama dua hingga tiga bulan dengan taburan hujan yang rendah bagi menggalakkan proses pembungaan, pembentukan putik buah dan pembesaran buah. Taburan hujan tinggi yang berterusan akan menyebabkan struktur vegetatif Harumanis akan terus membesar dan kekal dalam peringkat tumbesarannya yang secara langsung memberi kesan buruk kepada sebarang pembentukan bunga dan buah.
Disebalik kekangan faktor persekitaran yang mempengaruhi proses fisiologi dan pengeluaran hasil Harumanis, terdapat beberapa kaedah agronomi yang boleh dilakukan bagi mengubah proses fisiologi pokok lantas menghasilkan produktiviti walaupun mempunyai keadaan persekitaran yang tidak kondusif. Dua jenis kaedah agronomi yang boleh digunakan iaitu kaedah mekanikal melalui kelaran dan kaedah kimia melalui penggunaan hormon. Kedua-dua kaedah ini dilakukan apabila daun telah melalui tiga peringkat flushing yang menunjukkan pokok sudah berada pada peringkat matang. la kebiasaannya mengambil masa dua bulan selepas pangkasan dahan dilakukan.
![](https://www.infopertanian.com/wp-content/uploads/2024/06/Ad-PK-500x700-240611-gif-c.gif)
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kaedah kelaran dilakukan dengan menggunakan pisau khas bagi membuang lapisan kambium dan floem pada bahagian batang pokok. Ia dilakukan pada semua dahan utama. Tujuan kelaran dilakukan adalah bagi menghentikan pengangkutan hasil fotosintesis (makanan) yang dihasilkan pada daun dari menuju ke akar. Kaedah ini boleh dilakukan setiap bulan bagi mendapatkan peratus pembungaan yang tinggi.
Kaedah kimia pula adalah melalui penggunaan hormon penggalak daripada bahan aktif paclobutrazol dengan peratus kepekatan 25% yang dibancuh mengikut kadar tertentu berdasarkan usia pokok Harumanis. la kemudiannya disiram pada tanah di dalam lingkungan kawasan kanopi pokok. Kebiasaannya, pokok akan mengeluarkan bunga kira-kira tiga bulan selepas penggunaan hormon penggalak diberikan. Pengaplikasian kedua-dua kaedah ini akan memberi signal kepada pokok untuk bertukar daripada pertumbuhan vegetatif (pertumbuhan pucuk baru) kepada pertumbuhan reproduktif (pembentukan bunga dan buah).
Sumber maklumat :
Pengeluaran Harumanis Di Luar Zon
Sebrina Shahniza binti Saiin
Pusat Penyelidikan Hortikultur,
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com