You are currently viewing Kegemaran China Terhadap Durian Mencipta Kekayaan Di Asia Tenggara

Kegemaran China Terhadap Durian Mencipta Kekayaan Di Asia Tenggara

- - iklan - -

17/6/2024 : Media melaporkan, sebelum Eric Chan dari Raub, Malaysia memulakan syarikat 15 tahun lalu menjual buah paling berbau di dunia, beliau bekerja di bidang IT yang bergaji tinggi. Keluarga dan rakan-rakannya berasa hairan apabila dia membuat perubahan kerjaya.

Buah, durian, telah lama menjadi sebahagian daripada budaya tempatan di Asia Tenggara. Sebiji durian biasanya sebesar bola ragbi dan boleh mengeluarkan bau yang sangat kuat sehingga diharamkan daripada kebanyakan hotel. Apabila Encik Chan memulakan perniagaannya di Malaysia, durian adalah murah dan sering dijual di belakang trak.

Kemudian China mulai menggemari durian dan trend ini berkembang pesat.

Pada 2023, nilai eksport durian dari Asia Tenggara ke China ialah AS$6.7 bilion (S$9 bilion), meningkat dua belas kali ganda daripada AS$550 juta pada 2017. China membeli hampir semua durian yang dieksport di dunia, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara pengeksport terbesar setakat ini ialah Thailand, Malaysia dan Vietnam.

Hari ini, perniagaan berkembang pesat – sebuah syarikat Thailand merancang tawaran awam pada awal 2024 – dan beberapa petani durian telah menjadi jutawan. Encik Chan adalah salah seorang daripada mereka. Tujuh tahun lalu, dia menjual syarikatnya yang pakar dalam menghasilkan pes durian untuk biskut, ais krim dan juga piza dengan harga AS$4.5 juta, hampir 50 kali ganda pelaburan awalnya.

“Kebanyakan petani durian telah mendapat keuntungan yang baik,” kata Encik Chan mengenai petani durian yang dahulunya miskin di Raub yakni sebuah bandar kecil 90 minit dari Kuala Lumpur. “Mereka membina semula rumah mereka dari kayu ke bata. Dan mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke universiti di luar negara.”

Petani di kebun durian Asia Tenggara berkata mereka tidak dapat mengingati apa-apa kejadian yang pernah berlaku seperti kegilaan China terhadap durian.

Lonjakan dalam eksport durian adalah ukuran kuasa pengguna China dalam ekonomi global, walaupun dengan kata lain, ekonomi tanah besar China masih belum pulih sepenuhnya. Apabila negara dengan 1.4 bilion penduduk menyukai sesuatu, seluruh rantau Asia dibentuk semula untuk memenuhi permintaan.

Di Vietnam, media berita negara melaporkan pada Mei bahawa petani telah menebang tanaman kopi untuk memberi ruang kepada durian. Keluasan dusun durian di Thailand meningkat dua kali ganda sejak sedekad lalu. Di Malaysia, hutan bukit yang terletak di luar Raub sedang diusahakan dan ditereskan untuk memberi laluan kepada ladang yang akan memenuhi nafsu China terhadap buah itu.

“Saya rasa durian akan menjadi ledakan ekonomi baru bagi Malaysia,” kata Menteri Pertanian Malaysia Mohamad Sabu.

Dengan begitu banyak wang yang dipertaruhkan, perlumbaan untuk menanam lebih banyak pokok durian telah menimbulkan kerisauan. Pertikaian tanah telah tercetus mengenai dusun durian. Beberapa kebun di tepi jalan dikelilingi oleh gegelung dawai cukur. “Pencuri Akan Didakwa,” papan tanda di luar sebuah kebun di Raub berkata, dengan lukisan digari.

China bukan sahaja pembeli. Pelaburan China telah mengalir ke sektor perniagaan pembungkusan dan logistik durian Thailand. Kepentingan China sudah menguasai sekitar 70 peratus perniagaan borong dan logistik durian, menurut Encik Aat Pisanwanich, pakar Thai dalam perdagangan antarabangsa. Syarikat durian borong Thailand sendiri boleh “hilang dalam masa terdekat”, katanya pada sidang akhbar pada Mei.

Bergantung pada varieti, sebiji durian boleh dijual dengan harga AS$10 hingga beepuluh-puluh dolar.

Tetapi permintaan China yang telah melonjakkan harga lima belas kali ganda sepanjang dekad yang lalu, telah mengecewakan pengguna Asia Tenggara yang melihat durian berubah daripada buah yang tumbuh di hutan dan di dusun kampung kepada komoditi mewah yang diperuntukkan untuk eksport.

Negara-negara mengeksport buah-buahan yang merupakan sebahagian daripada identiti dan budaya mereka, terutamanya di Malaysia yang mana ia merupakan ikon negara yang menyatukan banyak kumpulan etniknya. “Tuhan memberi kami keinginan untuk durian,” kata Encik Hishamuddin Rais, seorang pengarah filem dan aktivis politik Malaysia.

Lonjakan China sedang membentuk semula rantaian bekalan durian. Agak mudah untuk menghantar buah di belakang trak ke destinasi serantau seperti Kuala Lumpur, Singapura atau Bangkok. Tetapi penghantaran ke Guangzhou, Beijing dan seterusnya, terutamanya apabila buahnya masak dan paling berperisa, boleh membahayakan. Bau kuat buah boleh menyerupai kebocoran gas.

Malaysia telah cuba menyelesaikan masalah pengangkutan dengan membekukan buah sebelum dihantar. Salah seorang pelopor proses itu ialah Cik Anna Teo, seorang bekas pramugari yang menyedari dalam perjalanannya bahawa durian tidak terdapat di luar negara.

Dia berhenti kerja di syarikat penerbangan dan bereksperimen dengan teknik pembekuan kriogenik di gudang yang disewa, membawa anak-anaknya ke ladang durian pada hujung minggu. Dia mendapati bahawa pembekuan bukan sahaja mengurangkan bau buah tetapi juga memanjangkan tempoh di rak.

Hari ini, di pinggir bandar Kuala Lumpur, Cik Teo menyelia lebih 200 pekerja di syarikat yang diasaskannya yakni Hernan, yang mengeksport durian sejuk beku serta mochi dan produk durian lain.

Thailand, sebaliknya, telah menghantar durian segar dalam kelengkapan sejuk selama bertahun-tahun. Industri durian Thai yang berpusat di wilayah Chanthaburi, berhampiran sempadan dengan Kemboja, semasa musim menuai berpuncak, dari bulan Mei dan Jun, timbunan durian ada di merata tempat

Sekitar 1,000 kontena penghantaran durian meninggalkan rumah pembungkusan di seluruh Chanthaburi setiap hari, mewujudkan kesesakan lalu lintas durian seteruk lalu lintas di persimpanagan di Bangkok. Beberapa kontena dimuatkan ke dalam apa yang media Thai panggil Kereta Api Durian, perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan Thailand dan China menggunakan landasan yang dibina oleh China untuk rel berkelajuan tinggi.

Di seberang Chanthaburi, tanda-tanda kekayaan yang diperolehi dari durian dapat dilihat di merata tempat : rumah moden dan hospital baru. Sebuah pusat beli-belah yang dirasmikan dua tahun lalu, telah menganjurkan pameran kereta pada bulan April.

“Apabila anda dari wilayah lain tiba di sini, anda akan menyedari bahawa petani durian adalah sangat kaya,” kata Encik Abhisit Meechai, seorang peniaga kereta yang pada tengah hari baru-baru ini menjual kenderaan MG, jenama British yang dihormati. oleh SAIC Motor, pembuat kereta China.

“Jangan menilai buku dari kulitnya,” kata Encik Abhisit mengenai pelanggannya yang merupakan petani durian. “Mereka datang dengan pakaian dan tangan yang kotor, tetapi mereka membayar kereta mereka dengan wang tunai.”

 

Hantar blog ini kepada :