You are currently viewing Kesan Positif Kalsium Klorida Terhadap Penyakit Antraknos Ke Atas Betik Lepas Tuai

Kesan Positif Kalsium Klorida Terhadap Penyakit Antraknos Ke Atas Betik Lepas Tuai

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Di pasaran tempatan semasa, betik Eksotika II merupakan varieti yang paling popular. Namun begitu, betik ini mudah diserangi penyakit antraknos menyebabkan kerugian besar di kalangan petani. Penyakit antraknos umumnya menyerang buah-buahan lepas tuai dalam tempoh pengangkutan ke destinasi pemasaran ataupun dalam tempoh simpanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan kajian ke atas perkara ini dengan menggunakan kalsium klorida sebelum buah betik dituai dari pokok bagi menentukan keberkesanan produk ini untuk mencegah antraknos. Dalam kajian tersebut, mereka cuba mengesan keberkesanan kandungan kalsium di dalam dan di luar buah betik serta kesannya terhadap percambahan spora kulat antraknos, pertumbuhan sisilium kulat dan kadar kejadian penyakit tersebut.

Kajian dimulakan melalui eksperimen penyemburan baja foliar kalsium dua kali seminggu dengan kepekatan 0.0, 0.5, 1.0 dan 1.5 % serta menyembur solusi kalsium klorida pada kepekatan 2.0%. Buah betik yang lebih kurang seragam bentuknya kemudian dituai di peringkat kematangan kedua iaitu semasa kulit buah mula menunjukkan sedikit kekuningan selanjutnya dibasuh, dibasuh, dikeringkan kemudian dibungkus ke dalam kotak pembungkusan. Selepas itu, bungkusan tersebut disimpan selama 5 minggu dalam suhu 12 +-2 C serta kelembapan udara 85 – 90%.

Hasil kajian itu menunjukkan semburan kalsium klorida pada kepekatan 1.5 – 2.0% mampu meningkatkan kandungan kalsium di dalam buah serta menurunkan kadar percambahan spora kulat antraknos serta juga menurunkan kadar jangkitan penyakit antraknos dalam tempoh penyimpanan selama 5 minggu tersebut.

Buah betik di plot kawalan (tidak dirawat dengan apa-apa pun) sebaliknya mengalami jangkitan teruk sehingga 100% manakala semburan kalsium klorida pada kepekatan 1.5% dan 2.0% masing-masing hanya dijangkiti penyakit antraknos pada kadar 62% dan 46%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Kesimpulan, sebelum menuai buah betik dari pokok, semburan kalsium klorida ke atasnya mampu mengawal penyakit antraknos. Kalsium dianggap sebagai bahan yang selamat untuk disemburi pada buah betik. Dalam proses pengangkutan ke destinasi pemasaran, kalsium memainkan peranan penting dalam kawalan antraknos.

 

Sumber maklumat :

Emanuela Fontana, International Tropical Fruit Network, 2014.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :