Limau hijau lebih digemari dalam penanaman kerana masalah penyakit yang lebih sedikit berbanding limau madu. Pokok berumur 4 tahun mampu memberi hasil 70 80 kg setahun menyatakan ia adalah tanaman yang berpotensi. Walaupun serangan perosak lebih rendah secara perbandingan dengan limau madu, namun serangan kutu trips tetap wujud sebagai ancaman terbesar. Umumnya, kutu trips akan menyerang pada bulan Mei kerana itu adalah musim kering setiap tahun. Oleh yang demikian, penanam dikehendaki menyembur racun serangga dan kulat dengan lebih kerap, umpamanya setiap 15 hari.
Dari segi penyakit, limau secara umum lebih rentan terhadap penyakit Huanglung yang mampu mematikan tanaman. Untuk mengelak daripada kejadian ini, penanam boleh memangkas kanopi pokok supaya pengudaraan adalah lebih baik dan pancaran cahaya matahari dapat sampai ke situ. Kaedah ini akan membantu dalam pencegahan penyakit Huanglung. Jika dibandingkan dengan limau madu, pangkasan untuk limau hijau adalah lebih mudah kerana hanya perlu dilakukan sekali setahun berbanding limau madu yang perlu dijalankan beberapa kali setahun.
Pokok limau hijau amat takut terhadap takungan air seperti banjir yang mana banjir selama sehari sudah mampu mematikan pokok. Oleh itu di kawasan yang sering banjir, penanaman limau hijau hendaklah didahului dengan penyediaan tanah yang dapat mengelakkan kawasan tanaman dimasuki air banjir. Kawasan seumpama ini juga boleh dibina peparit yang lebih banyak supaya mengalir keluar air yang masuk. Di kebun limau hijau, rumpai yang lembut dikekalkan untuk memelihara kelembapan tanah di musim kering. Tindakan menghapuskan semua rumpai di kebun adalah tindakan tidak wajar kerana rumpai lembut juga ada manfaatnya dalam kesinambungan penanaman.
Pokok limau hijau akan mula mengeluarkan hasil setelah ditanam setahun lebih. Di peringkat masa ini, baja adalah penting untuk pengeluaran hasil berterusan. Baja kimia dan baja organik sama-sama penting untuk tanaman ini. Namun begitu, baja kimia berlebihan akan menyebabkan tanah menjadi keras di samping juga kurang berkesan. Oleh itu, baja organik hendaklah ditokok dengan kerap supaya meningkatkan kualiti buah serta hasil.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com