You are currently viewing Kumbang Menyerang Batang Pokok Pisang Dan Kaedah Kawalan

Kumbang Menyerang Batang Pokok Pisang Dan Kaedah Kawalan

- - iklan - -


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Batang pokok pisang terdiri daripada tisu yang lembut, oleh itu mudah diserangi serangga perosak. Sejenis kumbang bernama Odoiportus longicollis Oliver wujud sebagai serangga perosak yang berpotensi merencatkan tumbesaran pokok malah menyebabkan pokok mati. Kumbang betina mula-mula akan bertelur di pangkah pelepah pokok pisang. Apabila sudah menetas, ulat kecil akan menusuk masuk ke dalam batang pokok pisang. Kumbang dewasa juga akan berada di dalam batang pokok buat seketika waktu kemudian menerbang keluar daripada lumbang di permukaan batang. Ulat malah akan masuk terus ke tengah batang pokok kemudian menggali masuk ke bawah sehingga ke pangkal pokok.

Aktiviti ulat ini di dalam batang pokok akan menyebabkan tumbesaran pokok rencat, daun menjadi kuning dan layu, tandan buah pisang juga merosot serta daun baru tidak dapat tumbuh keluar. Serangan yang serius akan mematikan pokok. Oleh kerana serangan berlaku dalam batang pokok, pokok menjadi mudah patah di bahagian tengah. Ulat juga menyerang sulur pokok serta pokok di sekitaran. Jika tidak diawasi, banyak pokok akan menjadi mangsa serangan.

Ulat ini boleh dikawal dengan racun kimia, umpamanya menggunakan racun chlorpyrifos (misalnya Dursban 75, 35 ml/4.5 liter air) kemudian disembur pada pangkal pokok. Pokok dewasa dan pokok kecil yang telah diserangi hendaklah dipotong dan dicincang batangnya menjadi serpihan halus kemudian diserakkan di bawah pancaran matahari untuk membunuh ulat yang masih kekal di dalam.

 

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008.

Hantar blog ini kepada :