You are currently viewing Tip Pembiakbakaan Durian Dari Thailand Ke Malaysia

Tip Pembiakbakaan Durian Dari Thailand Ke Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Thailand telah berjaya membiak baka 9 varieti durian baru yakni Chanthaburi 1 – Chanthaburi 9. Daripada ini, Chanthaburi 1 – Chanthaburi 6 telah pun diluluskan oleh Jabatan Pertanian negara tersebut pada tahun 2006 untuk penanaman komersial. Sementara itu, Chanthaburi 7 – Chanthaburi 9 kemudian diluluskan oleh Jabatan yang sama untuk penanaman komersial pada tahun 2016.

Kesemua varieti baru ini adalah baka hibrid yang diperolehi melalui kacukan antara 5 varieti utama di negara Thailand iaitu Monthong, Chanee, Kanyao, Puangmanee dan Kradum Thong. Bunga jantan dan bunga betina kesemua varieti ini saling dikacukkan dan menghasilkan sejumlah 7,000 anak pokok hibirid. Anak-anak pokok ini kemudian ditanam. Sesudah lapan tahun, kesemua buah dari semua pokok hibrid dinilai. Akhirnya varieti Chanthaburi 1 – Chanthaburi 9 berjaya dibiak baka dan dikenal pasti sebagai varieti berpotensi untuk dikomersialkan.

Projek pembiakbakaan yang besar dan lama ini diketuai oleh Dr. Songpol Somsri. Kenapa projek ini perlu dijalankan? Keadaan ini berlaku akibat varieti yang sedia ada masing-masing mempunyai kelemahan. Misalnya Monthong adalah rentan terhadap penyakit Phytophtora, puangmanee pula kurang berisi serta berbiji besar, manakala Chanee selalu masak cepat, mudah rekah justeru tidak sesuai untuk perjalanan jauh. Kanyao pula bermusim lewat serta selalu ada isu isi terutama apabila masak di waktu hujan.

Oleh sebab-sebab ini, Dr. Songpol berasa taraf kualiti varieti-varieti ini perlu ditingkatkan supaya berdaya siang di pasaran terhadap durian dari negara Asia Tenggara Lain khasnya dari Malaysia. Oleh kerana kelemahan dalam varieti sedia ada itu wujud secara genetik, maka cara terbaik untuk memperbaiki kualiti masing-masing ialah melalui kacukan dan membina hibrid baru. Kelihatan projek ini telah berhasil. Suatu hari nanti, mungkin lagi 20 tahun, durian Monthong di Thailand secara lambat-laun akan digantikan oleh durian Chanthaburi 1 – 9 mengikut kesesuaian penanaman di kawasan setempat masing-masing. Inilah tujuan utama projek pembiakbakaan tersebut berlangsung iaitu dengan tujuan menggantikan varieti lama dengan varieti hibrid baru pada suatu hari nanti.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sungguhpun apa yang dilakukan oleh pihak Thailand tidak semestinya diikuti oleh pemain industri durian di Malaysia, namun ара masalahnya jika kita turut menjalankan projek seperti dilakukan oleh pihak Thailand. Thailand mempunyai 5 varieti utama, Malaysia pula mempunyai tidak kurang daripada 10 varieti utama. Jika varieti-varieti ini dapat dikacukkan secara silang dan membentuk hibrid baru diyakini akan menghasilkan baka bermutu tinggi. Umpamanya Musang King (D197) dikacukkan dengan Musang Queen/Tekka (D160) atau Duri Hitam (D200) dikacukkan dengan D168 (IOI) atau Udang Merah (D175) dikacukkan dengan Duri Hitam.

 

Bahan rujukan :

1. Lindsay Gasik, Year of the Durian blog, 2021
2. Songpol Somsri, Durian in Thailand-A Success Story, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my