You are currently viewing Pengorek Kulit Buah Durian Dapat Dikawal

Pengorek Kulit Buah Durian Dapat Dikawal

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Berikutan harga pasaran buah durian semasa yang kukuh dan agak tinggi, penjagaan buah durian semakin diberatkan. Dalam aspek ini, pengorek kulit buah (Conogethes punctiferalis Guen) adalah perosak yang perlu diawasi kerana serangannya akan menurunkan nilai buah. Pengorek kulit buah ini dalam bentuk larva yang dihasilkan oleh kupu-kupu betina dewasa spesies tersebut selepas menelur pada putik bunga, putik buah dan juga buah sedang membesar. Kudup bunga dan putik buah yang diserangi akan gugur manakala serangan pada buah sedang membesar akan berakhir dengan kecacatan kulit buah sehingga menurunkan nilai pasaran.

Perosak ini boleh dikawal dengan kaedah kultur seperti menjaga kebersihan ladang serta mengutip dan menanam buah rosak atau berpenyakit supaya mengurangkan populasi perosak. Bagi pokok rendah, membungkus buah kecil di peringkat umur 3-4 minggu dengan karung kertas adalah dicadangkan untuk meminimumkan kadar serangan.

Penggunaan racun serangga juga kaedah kawalan berkesan. Dalam aspek ini, racun deltamethrin (contoh Decis, 10-22ml/10 liter air), cypermethrin (contoh Garrison 5.5 EC, 12-18ml/9 iter air), methidathion (contoh Ultracide 4030 EC, 10ml/4.5 liter air) dan dimethoate (contoh Dimet 40, 7-15ml/9 liter air) secara bergilir-gilir selangan 10-14 hari dicadangkan. Bagaimanapun, semburan mesti dihentikan kira-kira 2 minggu sebelum buah masak dan gugur. Bagi pokok tinggi, penggunaan penyembur bermotor dengan tangkai panjang dapat mencapai ketinggian pokok sehingga 30 kaki.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

 

Sumber maklumat :

Ithnin Badri, Mohd. Shamsudin Osman dan Mohamed Mohd. Salleh, Serangga Perosak Buah-Buahan Malaysia, MARDI, 2008, hal. 52-53.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com