You are currently viewing Spesies Buah Di FRIM Amat Menarik!

Spesies Buah Di FRIM Amat Menarik!

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai pelbagai khazanah hutan. la merangkumi spesies tumbuh-tumbuhan berbuah serta boleh dimakan. Sebanyak 99 spesies buah telah dikumpulkan dalam terbitannya yang bernama 99 Spesies Buah di FRIM (N Zawiah & H Othman, FRIM & NRE, 2012). Di antara buah ini adalah seperti berikut :

1. Buah Keras/Kemiri (Aleurities moluccana L. Willd)

Pokok buah keras ialah tumbuhan sederhana besar, sentiasa menghijau, tumbuh menegak, mempunyai dahan yang banyak atau padat. Ketinggian pokok 10 – 25 m. Silaranya seperti payung dan padat. Batangnya berwarna kelabu kecoklat-coklatan.

Buahnya berbentuk bulat dengan ukuran 4 – 6 cm. Bijinya mempunyai kulit yang keras. Buahnya berwarna hijau kemudian bertukar ke warna kelabu kehitam-hitaman apabila masak. Buah ini mempunyai tempurung yang keras, mengandungi isi seakan-akan lilin yang berwarna putih kekuning-kuningan dan berminyak.

Kegunaan isi buah keras boleh digunakan sebagai penyedap dalam masakan dan boleh digunakan sebagai pelembut daging dan paru-paru. Mempunyai rupa bentuk yang cantik dan rendang serta sesuai ditanam sebagai pokok hiasan dan teduhan. Minyak buah keras digunakan dalam rawatan rambut supaya segar dan subur. Pokok buah keras dipercayai berasal dari Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Australia Utara.

2. Gajus/Jambu Monyet (Anacardium occidentale L.)

Pokok gajus merupakan sejenis tumbuhan rendang yang berasal dari Brazil. Pokok ini banyak terdapat di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Di FRIM, pokok gajus boleh ditemui di Arboretum Buah-buahan, Taman Botani Kepong, Taman Etnobotani dan SPF Setiu, Terengganu.

Pokok gajus tumbuh subur di kawasan tanah berpasir dan merupakan sejenis pokok malar hijau yang mempunyai ketinggian sehingga 15 m serta akar tunjang sehingga 3 m ke dalam tanah. Batang pokok gajus menghasilkan getah yang boleh mencederakan kulit seperti kelecuran akibat getah bacang.

Buah gajus terbentuk daripada pudung bunga yang membesar seperti buah jambu, berbentuk seperti buah pir dengan biji berada di luar. Buah gajus berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke warna kuning apabila masak. Kulitnya nipis dan mudah pecah dan luka. Teksturnya lembut dan berair. Isi di dalam buahnya berwarna putih tetapi terdapat juga spesies yang mempunyai isi berwarna merah jambu. Kulit luar biji gajus licin, berwarna kelabu keperang-perangan manakala bahagian dalam buah berwarna putih boleh dimakan dan rasanya berlemak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Hampir setiap bahagian pada tumbuhan ini berguna sama ada sebagai makanan ataupun bagi tujuan perubatan. Pucuk gajus yang berasa lemak-lemak kelat sering digunakan sebagai ulam-ulaman dan dikatakan berfungsi mencegah dan mengawal penyakit kencing manis. Buahnya yang manis dengan pijar boleh dimakan begitu sahaja. Bijinya boleh dimakan tetapi perlu dibakar dan diketuk bagi mengeluarkan isinya. Buah, daun dan bijinya boleh digunakan dalam perubatan tradisional.

3. Kerdas/Genuak

Pokok kerdas berasal dari Malaysia dan Sumatera. Rupa pokoknya seakan-akan sama pokok jering. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan, mempunyai dahan yang banyak dan bentuk silara yang terbuka.

Buah kerdas jenis lenggai mempunyai ukuran 6 – 10 cm panjang, berwarna hijau semasa muda kemudian bertukar ke warna keperang-perangan semas matang. Kulit buah kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini. Jika sudah tua atau dismpan lama warnanya akan menjadi kehitam-hitaman. Isi muda berwarna kuning pucat. Buahnya memunyai bau yang kuat.

Bijinya dijadikan ulam seperti jering dan petai. Rasanya seakan-akan jering dan berbau kuat sehingga melekat pada nafas. Seperti jering, buah kerdas tidak boleh banyak dimakan kerana berisiko menyebabkan kesakitan semasa membuang air kecil.

4. Sukun/Kelur, Breadfruit (Inggeris)

Pokok sukun dipercayai berasal dari Polinesia. Kini sukun sudah banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka, India Selatan dan Kepulauan Pasifik yang lain. Di FRIM, pokok sukun boleh ditemui di Arboretum Buah-buahan.

Keseluruhan pokok sukun mengandungi getah. Terdapat dua jenis sukun, iaitu yang berbiji dan tanpa biji. Pokok boleh mencapai ketinggian 20 m dan merupakan sejenis tumbuah sentiasa menghijau serta meluruh daun. Apabila daun gugur, terdapat bekas-bekas daun, stipul dan lentisel yang jelas pada ranting.

Buah sukun terbentuk di seluruhan jambak bunganya. Buahnya berbentuk bulat atau sedikit bujur dengan ukuran garis pusat di antara 15 – 35 cm. Isi buah yang masak agak lembap, berwarna kuning pucat atau keputih-putihan dan berbau. Buah sukun biasanya dipetik sebelum masak.

Buah sukun amnya dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dimasak sebagai sayuran. Getah pokok digunakan untuk menampal celah-celah perahu dan menjerat burung. Pokok sukun mempunyai sudur yang cantik dan sesuai ditanam sebagai pokok hiasan di tepi jalan untuk menghalang angin dan sebagai naungan bagi tanaman kopi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :