You are currently viewing Tanam Cendawan Guna Sisa Nanas

Tanam Cendawan Guna Sisa Nanas

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

 

HABUK kayu getah yang sukar diperoleh dan dijual pada harga tinggi, menjadikan bongkah cendawan daripada sisa nanas antara pilihan alternatif terbaik sebagai inovasi baharu dalam penghasilan tanaman itu.

Malah, bongkah cendawan daripada sisa nanas itu sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan tiram kelabu, kukur dan ganoderma (lingzhi).

Inovasi inilah diguna pakai usahawan cendawan dari Parit Hassan, Benut, Pontian sejak akhir 2021 bagi mengurangkan kebergantungan kepada media cendawan sedia ada.

Menurut Noorsaiful Amri Suloh, 38, penghasilan bongkah cendawan daripada sisa nanas dibuat dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengalami kesukaran mendapatkan habuk kayu getah. Johor adalah pengeluar terbesar nanas.

“Pastinya banyak ladang nanas diusahakan petani dan apabila mahu memulakan proses menanam nanas yang baru, mereka akan membakar sisa nanas daripada batang dan daun nanas.

“Sisa nanas ini diambil LPNM dan diproses dengan menghancurkannya bagi menggantikan habuk kayu getah dan kosnya lebih rendah berbanding habuk kayu getah diambil dari luar Johor.

“Sebenarnya kos habuk kayu getah terlalu tinggi sehingga meningkat hampir 50 peratus selepas PKP,” katanya.

Noorsaifulam berkata, kualiti dan hasil pengeluaran bongkah cendawan menggunakan media sisa nanas, hasil pengeluarannya sama.

Kandungan nutrisi dan mineral cendawan yang menggunakan sisa nanas lebih baik berbanding penggunaan habuk kayu getah.

Malah, katanya kajian makmal juga mendapati protein cendawan lebih tinggi dengan pengunaan sisa nanas.

“Sebelum kerjasama dengan LPNM dilakukan, saya pernah mencuba pelbagai kaedah termasuk menggunakan hampas kacang soya, buluh dan sisa kelapa sawit.

“Namun, ia tidak mampu menghasilkan kualiti cendawan yang baik.

“Khasiat cendawan (guna sisa nanas) ini lebih tinggi berbanding getah. Kita sudah tiga kali hantar ke makmal dan keputusannya mendapati khasiat cendawan lebih tinggi dengan sisa nanas berbanding habuk kayu getah,” katanya memulakan perusahaan cendawan lebih sedekad lalu.

Bekas kakitangan sebuah Universiti Awam itu berkata, proses pembuatan media cendawan daripada sisa nanas adalah dengan menghancurkan sisa nanas menjadi serbuk.

Ia kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan diwapkan.

“Bongkah cendawan berkenaan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari sebelum ia mengeluarkan hasil.

Menurut Noorsaiful, sisa nanas diperoleh daripada usahawan nanas sekitar Pontian, sebelum diproses.

“Untuk satu bongkah tahan sehingga tiga bulan dengan enam hasil tuaian cendawan.

“Bagi bongkah yang sudah luput kami akan jadikan ia sebagai baja organik,” katanya yang menerima Anugerah Emas Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Anugerah Peneraju Inovasi Agromakanan (MARDI) Peringkat Negeri Johor untuk Inovasi Cendawan Nanas pada 2022.

Sumber maklumat :

BH Online, 13/12/2023

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :