You are currently viewing Harga Baja Kimia Import Tanzania Melonjak 155% !

Harga Baja Kimia Import Tanzania Melonjak 155% !

Bil import baja kimia TANZANIA meningkat dengan mendadak apabila harga global input pertanian melonjak ke rekod tinggi.

Menurut statistik Bank Tanzania (BoT), nilai import baja kimia melonjak sebanyak 155 peratus daripada 237 juta dolar AS pada tahun fiskal 2020/21 kepada 605.4 juta dolar AS pada tahun fiskal 2022/23.

Pada masa yang sama, import baja kimia menurun sebanyak 40 peratus daripada 662,868 tan metrik pada 2020 kepada 395,033 tan metrik pada 2021, menurut statistik yang diterbitkan dalam Data Keseluruhan Statistik Baja oleh Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO).

Keseluruhan data diterbitkan daripada data perdagangan rasmi yang diperoleh daripada Pihak Berkuasa Hasil Tanzania (TRA) dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Baja Tanzania (TFRA) dan disahkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal Baja – Tanzania (FTWG-TAN).

Satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan 40 peratus dalam volum import pada 2021 ialah harga baja kimia yang tinggi di pasaran dunia yang menjejaskan kedua-dua bekalan dan permintaan.

Harga baja kimia telah merosot daripada kemuncak awal 2022 tetapi ia kekal pada tahap sejarah yang tinggi.

Lonjakan harga baja kimia bermula semasa krisis Covid-19, yang mengganggu rantaian bekalan dan kemudian dipergiatkan dengan perang Rusia dan Ukraine.

Rusia adalah salah satu pengeluar baja kimia terkemuka di dunia. Kerajaan melancarkan program subsidi baja kimia secara besar-besaran pada Ogos 2022 untuk musim 2022/23 untuk menjadikan baja lebih mampu milik kepada petani sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan produktiviti pertanian.

Menurut Menteri Pertanian Tanzania, Hussein Bashe, harga DAP turun daripada RM244 setiap beg kepada RM130 dan Urea turun daripada RM231 kepada RM130 satu beg.

Harga untuk baja CAN turun daripada RM200 satu beg  kepada RM111 manakala NPK yang berharga RM227 satu beg turun kepada RM130.

Untuk menjadikan skim subsidi itu berkesan, kerajaan memperkenalkan pendaftaran dalam talian untuk petani yang akan mendapat manfaat daripada baja subsidi bagi mengekang penyeludupan input.

Pendaftaran atas talian telah mencecah 1.3 juta petani sebulan selepas ia diperkenalkan pada September 2022, kata Encik Bashe dalam platform Xnya, dahulunya twitter.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Baja Tanzania, Dr Stephan Ngailo berkata semasa simposium bahawa 194.3 tan baja telah dibeli setakat 09 Januari 2023.

Menurut Dr Ngailo, kira-kira 560,451 petani telah mendapat manfaat daripada sistem baru itu, hasil daripada kelulusan Presiden Samia Suluhu Hassan sebanyak RM 278 juta untuk subsidi baja kimia dalam bajet 2022/23 untuk Kementerian Pertanian di negaranya.

Sumber maklumat :

Dailynews.co.tz, 2/4/2024

Hantar blog ini kepada :