Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
2,4-D adalah racun rumpai sistemik. Racun ini jarang-jarang digunakan di kebun durian tetapi lebih biasa digunakan di ladang sawit untuk mengawal pokok renek berdaun lebar. Jika kebun durian adalah bekas kebun sawit, maka risiko akan wujud sekiranya tanah di kebun digunakan untuk mengisi polibeg bagi menanam anak benih durian.
Hal ini bukan dari khabar angin, sebaliknya pernah berlaku di Malaysia dan menyebabkan 80% anak benih durian dalam polibeg terjejas sehingga 50% anak benih itu mati akibat pencemaran racun rumpai tersebut. Anak benih mula menunjukkan gejala keracunan 1 2 minggu selepas ditanam. Sistem akar telah menyerap sisa racun itu dan menyebabkan daun berkerekot. Hanya sebahagian kecil anak benih dapat terus hidup kerana ada daya rintangan. Kebanyakan akhirnya mati.
Demi mengelak kejadian serupa berlaku di masa depan, tanah untuk diisi dalam polibeg hendaklah bebas sisa racun rumpai atau daripada tanah baru.
Paraquat pula sejenis racun rumpai sentuhan yang sering digunakan di kebun durian. Racun ini kononnya sudah dilarang untuk digunakan di kebun. Paraquat biasanya mendatangkan kesan negatif terhadap pokok durian muda ekoran tiupan angin kuat semasa semburan. Daun-daun pokok muda mudah terkena racun ini berbanding pokok matang yang sudah tumbuh tinggi. Daun-daun pokok muda yang terkena racun ini akan menampil bintik-bintik coklat kemudian layu.

Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Semasa tiupan angin kuat, semburan racun rumpai hendaklah dihentikan sementara. Segala peralatan racun rumpai hendaklah diasingkan daripada peralatan semburan baja foliar bagi mengelak pekerja tersalah guna alat-alat tersebut yang masih mengandungi sisa racun rumpai.
Sumber maklumat :
Lim Ting Kwee et al., Penyakit Tanaman Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua).
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com