Motorsikal bertreler mudah kelengkapannya. Motorsikal cupchai atau berkuasa 70 CC sudah boleh menggerakkan treler ini yang dipasangkan di belakang motorsikal. Pada hakikat, semua jenis motorsikal boleh memasang treler ini. Motorsikal cupchai dimiliki oleh semua pekebun. Ia mudah alih serta boleh beroperasi di atas pelbagai jenis jalan malah juga boleh menaiki tanah bukit justeru merupakan alat pengangkutan paling cekap dalam kerja harian. Kini satu treler dipasang di belakangnya akan memampukan mereka mengangkut buah tandan segar, kegiatan ini dapat menggantikan tugas yang dahulunya dikendalikan oleh kereta sorong konvensional. Antara kelebihan motorsikal bertreler ini ialah :
1. Treler boleh dipasang di belakang semua jenis motorsikal sama ada berkuasa 70 CC atau lebih.
2. Harga mampu milik.
3. Kos pemeliharaan amat rendah.
4. Meningkatkan produktiviti.
5. Mudah beroperasi.
6. Treler mudah dicerai atau dirungkaikan dari motorsikal.
7. Boleh mengangkut barang lain selain buah tandan segar.
Eksperimen pernah dijalankan ke atas treler motorsikal ini. Menurutnya, Honda cup 70 CC setelah dipasang treler ini mampu mengangkut 10 – 12 buah tandan segar setiap kali muatan dengan setiap satu tandan berpurata 20 kg. Untuk meningkatkan kestabilan operasi, roda treler ini sudah ditukar daripada roda kereta sorong kepada roda motorsikal. Prestasi telah meningkat dengan ketara berikutan penambahbaikan ini. Berat treler ini lebih kurang 40 kg. Apabila muatan buah sudah sampai ke destinasi iaitu tempat pengumpulan buah di tepi jalan, penunggang motorsikal tidak perlu turun kereta bagi menurunkan buah tandan segar dalam treler, sebaliknya hanya perlu menekan butang dan buah akan diturunkan secara automatik. Penunggang kemudian akan patah ke tempat asal untuk mengulang operasi pengangkutan buah. Beginilah keadaannya.
Pekerja kebun yang mengangkat upah mengikut berat buah sehari, motorsikal bertreler ini tentu akan meningkatkan pendapatan mereka kerana muatan sehari jauh lebih besar daripada muatan dengan kereta sorong konvensional. Menurut sumber, dalam sehari motorsikal bertreler mampu mengangkut 3 – 4 tan buah iaitu lebih banyak berbanding kereta sorong konvensional yang setakat 1.16 tan sehari.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Kos bagi treler ini di sekitar RM600 – RM700 setiap satu. Jika ia dihasilkan secara skala besar, harga ini boleh diturunkan lagi. Pemuda boleh menggunakan motorsikal bertreler untuk mengangkut buah tandan segar dari pekebun lain bagi menambah pendapatan. Keperluan tenaga badan amat kurang melalui penggunaan alat pengangkutan ini, justeru ia sesuai dioperasikan oleh warga mas yang ingin menggunakan masa mereka dengan penuh bermakna di samping mendapat pendapatan sampingan. Akhir sekali, motorsikal bertreler juga sesuai untuk pengangkutan baja atau racun pertanian di kebun.
Sumber maklumat :
Ahmad Hitam et al., Powered Wheelbarrow : An Implement To Assist Oil Palm Field Activities, MPOB TT. NO. 108, JUNE 2001.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com