Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
4/7/2024 : Menurut laporan BH Online, beberapa varieti padi yang lebih tahan kepada perubahan iklim dijangka diumumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) beberapa tahun lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata varieti baharu padi yang tahan kepada banjir dan kemarau itu dijangka diumumkan menjelang tahun depan dan 2026.
“Kementerian melalui MARDI sudah memulakan kajian beberapa varieti baharu padi ini dan ada yang sudah dalam plot ujian.
“Ia dijangka diumumkan mulai tahun depan dan 2026,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai usaha kerajaan menjamin bekalan makanan dan harga, jika negara berdepan cuaca di luar jangkaan.
Menjawab soalan asal, Arthur berkata, sistem Penuaian Air Hujan dan pencarian sumber air bawah tanah melalui Sistem Telaga Tiub adalah antara beberapa langkah dilaksanakan bagi menghadapi ketidaktentuan iklim ketika ini.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Beliau berkata, sistem itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim kemarau dan menggunakan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanaman.
Justeru, katanya, sebanyak 251 telaga tiub dan 246 pam bergerak disediakan bagi menampung keperluan petani dan penternak untuk kawasan terjejas bencana seperti banjir dan kemarau.
“Kementerian juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Metereologi (MET Malaysia) untuk menentukan musim penanaman sesuai dan membuat penjadualan semula musim penanaman.
“Kita juga akan mendapatkan khidmat nasihat bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan untuk meningkatkan paras air di empangan untuk kegunaan pertanian akibat cuaca panas dan kering, jika perlu.
“Selain itu, penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian secara berkala setiap tahun juga dilakukan bagi membolehkan infrastruktur berfungsi dengan baik,” katanya.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com










