Malaysia tergolong sebagai pengeksport durian belanda segar kelima terbesar di dunia. Menurut perangkaan Tridge tahun 2020, Pengeksport utama buah-buahan ini yang utama di dunia ialah Canada merangkumi 11.78% jumlah eksport sedunia diikuti oleh Thailand (7.29%) dan ketiga ialah Peru (6.25%). Nilai eksport Canada ialah USD 418 juta, Thailand USD 257.6 juta dan Peru USD 220.1 juta.
Sementara itu, negara pengimport durian belanda utama di dunia ialah USA dengan nilai import USD 707.2 juta, China USD 395 juta, Jerman USD 299.3 juta dan Perancis USD 208.5 juta. Pada tahun 2020, USA mengimport 20.17% jumlah durian belanda sedunia, manakala China 11.27%, Jerman 8.54% dan Perancis 5.95%. Daripada sini, jelas kelihatan durian belanda adalah buah-buahan penting di dunia serta digemari oleh negara Barat.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Durian belanda kaya dengan khasiat, umpamanya dalam kandungan isi 225g sudah terdapat 148 kalori, lemak 0.7g, garam 31.5mg, karbohidrat 37.8g, serat 7.4g, gula 30.5g, protein 2.3g, vitamin C 46.4mg dan kalium 626mg.
Buah-buahan ini bukan kegemaran utama rakyat Malaysia kerana rasanya yang masam manis. la digemari kerana nilai khasiatnya yang kononnya bermanfaat terhadap beberapa penyakit kronik manusia. Penting lagi ia boleh diusahakan sebagai tanaman eksport khasnya dalam situasi semasa yang menunjukkan penanaman masih terhad dalam negara justeru memberi peluang besar bagi mereka yang rela menanamnya.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336