Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Pada awal tahun 20-an, pengusaha tanaman epel sudah tahu buah epel mesti dijarangkan untuk mengawal kualiti dan warna buah, malah boleh mengelakkan dahan patah akibat buah lebat. Umumnya buah lebat pada satu-satu dahan boleh menyebabkan dahan patah serta menghasilkan buah yang kecil. Namun jika buah pada dahan dikurangkan dan buah akan menjadi besar sehingga melebihi piawai kehendak domestik dan eksport juga bukan perkara yang baik. Justeru itu untuk tanaman belimbing, MARDI pernah menjalankan satu kajian di bawah penjaringan untuk menentukan kekalan jumlah putik buah optimum di atas pokok yang memberi pulangan optimum serta tidak menjejaskan kualiti buah.
Didapatinya belimbing boleh dikultur dalam struktur jaring kalis serangga dengan membawah hasil 20 tan/ha pada setiap musim kutipan hasil. Sebagai permulaan, tanaman belimbing dipangkas untuk memupuk bunga kemudian dibajakan 1.5kg sepokok dengan baja 12/7/24 + MgO +TE. Minggu kedua selepas pangkasan dijalankan, bunga mula terbit dan seminggu selepas itu, bunga pun mekar. Pada masa ini satu sarang lebah dimasukkan ke dalam struktur penjaringan untuk menjalankan pendebungaan. Apabila putik buah sudah mencapai ukuran 3-4 cm panjang, kerja penjarangan buah dimulakan dengan 3 kaedah ujian seperti di bawah :
1. Kekal <100 biji putik buah (kuantiti rendah)
2. Kekal 200-300 biji putuik buah (kuantiti sederhana)
3. Kekal 500-600 biji putik buah (kuantiti tinggi)
Selain itu pada bulan kedua dan ketiga, pembajaan seperti tersebut di atas dijalankan dengan jenis baja dan dos baja yang sama. Setiap pokok juga diberikan 20 liter air setiap hari melainkan hari berhujan. Apabila buah menjelang kematangan iaitu ketika berwarna hijau dan sedikit warna kuning di atas kulit (tahap kematangan 3 – 4), buah dikutip.
Hasil Kajian
Jumlah Hasil (Jumlah Berat Buah) : Sebagaimana dijangkakan, plot yang mengekal putik buah pada kuantiti tinggi itu memberi hasil belimbing tertinggi sehingga 22 tan/ha manakala di plot yang hanya mengekal putik buah pada kuantiti rendah memberi hasil 6.3 tan/ha. Jika dibandingkan dengan kekalan putik buah pada kuantiti sederhana, didapati plot yang mengekal putik buah pada kuantiti tinggi mempunyai kelebihan jumlah berat buah sehingga 85% (sila lihat rajah 1). Hasil kajian ini menunjukkan pokok belimbing yang dikekalkan jumlah putik buah secara optimum memberi hasil tertinggi berbanding amalan biasa yang hanya mengekalkan 150 – 250 biji putik buah. Julat perbezaan tersebut agak ketara.
Saiz Buah : Menurut piawai eksport yang diperolehi dari FAMA, saiz belimbing yang terlalu kecil (80-102 g) atau terlalu besar (211 – 253 g) tidak menepati standard eksport justeru terpaksa dijual di pasaran tempatan. Dalam keadaan ini, amalan penjarangan buah yang mengekalkan jumlah putik buah pada kuantiti tertinggi itu mencapai 75% (16.8 tan/ha) buah yang memenuhi standard eksport manakala pengekalan putik buah pada kuantiti rendah itu hanya mencapai 31% (3.0 tan/ha) buah yang sesuai untuk dieksport. Sehubungan itu, mengekal putik buah pada kuantiti sederhana mencapai 70% (8.1 tan/ha) buah yang boleh dieksport. Maka berdasarkan analisis ini, jika penjarangann buah dijalankan berlebihan sehingga hanya mengekalkan jumlah putik buah 150-250 biji di atas pokok, hasil yang diperolehi bukan sahaja rendah malah jumlah buah yang boleh dieksport juga kalah kepada pengekalan putik buah di plot yang mengekalkan putik buah pada kuantiti tinggi (sila lihat jadual 1 dan rajah 2).
Bagi pokok yang mengekalkan putik buah pada kuantiti rendah, didapatinya buah yang terlalu besar mencapai 15% per pokok manakala pengekalan putik buah pada kuantiti sederhana hanya 5% dan kuantiti tinggi pada 2%. Begitu sebaliknya pengekalan putik buah pada kuantiti tinggi menghasilkan saiz buah yang terlalu kecil pada kadar 20% manakala mengekal pada kuantiti rendah hanya 5% sahaja. Tambahan ada 20% luaran buah di plot pengekalan pada kuantiti tinggi adalah kurang berkualiti iaitu satu gejala yang agak ketara jika dibandingkan dengan plot yang mengekalkan putik buah pada kuantiti rendah atau sederhana. Walau bagaimanapun, memandangkan plot yang mengekalkan putik buah pada kuantiti tinggi memberi hasil buah tertinggi termasuk jumlah buah boleh dieksport, maka amalan ini masih berbaloi untuk dipraktikan.
Kualiti Buah : Analisis ini juga menunjukkan bahawa kualiti buah tidak terjejas sama ada mengekal buah dengan banyak atau sedikit di atas pokok. Kandungan vitamin C dan pepejal boleh larut di dalam buah tidak dipengaruhi oleh jumlah buah di atas pokok.
Sebagai kesimpulan, Keadaan ini menyatakan semasa menjalankan penjarangan buah belimbing, pengekalan 500 – 600 biji putik buah di atas pokok adalah amalan berdaya maju yang boleh membawa pulangan optimum kepada pengusaha tanaman belimbing.
Sumber maklumat :
Zabedah Mahmood dan Mohd. Yusoff Abdullah, “Kesan Kelebatan Buah Terhadap Hasil dan Kualiti Buah Belimbing Di Bawah Struktur Jaring”, Buletin Teknologi Tanaman, Bil. 7 (2010), MARDI.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com