Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Satu hektar tanaman sawit mampu menghasilkan 10 kali ganda minyak sayuran berbanding sebarang 10 jenis tumbuhan pengeluar minyak sayuran pada keluasan sama di dunia. Tambahan, tanaman sawit hanya merangkumi 5.5% jumlah keluasan tumbuhan pengeluar minyak sayuran sedunia tetapi jumlah minyak sayuran dikeluarkan itu melebihi 32% daripada jumlah pengeluaran sedunia. Dilihat dari sisi ini, sumbangan para pembiak baka (breeders) sepanjang masa ini amatlah besar dan harus dimaktubkan dalam sejarah.
Biarpun tanaman sawit kebiasaan ditanam dengan kepadatan 130 – 150 pokok/hektar, tetapi ada penyelidik yang ingin meningkatkan ke aras 170 pokok malah 200 pokok/hektar. Bagi mencapai matlamat ini, baka sawit dipilih itu hendaklah bersaiz kompak, pelepah pendek serta dengan ketinggian sederhana. Demi memperolehi baka sawit ini, para penyelidik perlu mencarinya di tempat asalnya iaitu di Afrika terutama Afrika Barat.
Nigeria merupakan salah sebuah negara di Afrika Barat yang berpotensi untuk mendapatkan germplasma (contoh biji benih sawit) bahan tanaman kompak kerana kajian telah menunjukkan antara ciri germplama diperolehi darinya mempunyai sifat pokok katek. Pokok sawit lebih katek kebiasaan bersaiz lebih kecil, namun bukan semua pokok katek berhasil tinggi. Oleh itu kajian dan eksperimen perlu dibuat satu demi satu untuk mengenal pasti potensi hasil mereka. Atas sebab ini, satu eksperimen menggunakan 10 jenis debunga sawit dari Nigeria sudah dikacukkan dengan 24 pokok deli dura dan menghasilkan sejumlah 1,056 pokok tenera (DxP) untuk menentukan potensi hasil mereka. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti manakah satu debunga sawit dari negara tersebut berpotensi mengeluarkan hasil tinggi serta pokoknya berciri kompak termasuk kekatekan pokok.
Eksperimen tersebut dimulakan dengan penanaman 16 anak pokok untuk setiap rawatan. Setiap rawatan itu diulang semula untuk mendapatkan keputusan lebih tepat. Selepas pokok matang, data hasil sawit, hasil tandan dan sebagainya dikumpul 6 tahun berturut-turut untuk dinilai. Analisis data dikumpulkan itu dibuat berdasarkan teknik standard.
Hasil kajian menunjukkan prestasi debunga terhadap pengeluaran hasil sawit mempunyai perbezaan yang ketara sebagaimana dapat dilihat daripada data. Ini kerana 10 jenis debunga berasal dari kawasan berlainan justeru membawa hasil berlainan sedangkan baka pokok induk betina hanyalah berasal daripada baka deli dura. Keadaan ini selanjutnya menyatakan punca perbezaan hasil wujud dari aspek debunga.

Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Bagi menghurai lebih lanjut, didapati hasil buah tandan segar diperolehi itu berada di antara 173.80 – 211.46kg/pokok/tahun dengan purata 191.92kg/pokok/tahun. (nota pengarang jika diandaikan setiap buah tandan segar adalah 15kg, maka setiap pokok menghasilkan 12.8 tandan buah segar/tahun dan memberi hasil tahunan 27 tan/ha). Hasilan minyak pula menunjukkan antara 44.06 – 60.24kg/pokok/tahun atau berpurata 53.72kg/pokok/tahun.
Daripada keputusan ini, ada 3 kumpulan sawit dipilih sebagai bahan tanaman unggul. Pertama, 4 pokok yang membawa kod P01, P03, P09, P06 dipilih sebagai bahan tanaman berhasil tinggi termasuk gabungan ciri pengeluaran buah tandan segar dan hasilan minyak yang baik belaka. Kedua, 3 pokok (kodnya P04, P06 dan P09) memiliki ciri ketinggian pokok optimum. Akhir sekali ada 4 pokok (kodnya P01, P03, P09, P06) dipilih memiliki ciri penghasilan tinggi serta pokok juga berciri katek justeru debunganya dikenal pasti sebagai germplasma untuk digunakan dalam pengeluaran komersial bahan tanaman sawit kompak.
Penerangan lanjut mengenai data diperolehi dalam eksperimen ini adalah seperti berikut : Kepadatan 140 pokok/ha menghasilkan purata buah tandan segar 29.69 tan, iaitu lebih tinggi 27.15% daripada hasil bahan tanaman semasa pada 23.35 tan/ha. Ketinggian pokok hanya meningkat secara purata 29.82cm/tahun, iaitu lebih rendah sebanyak 57.33% setahun berbanding pokok sawit semasa yang meninggi pada kadar 45 – 75cm setahun.
Bahan rujukan :
Ibrahim Wasiu Arolu et al., Genetic variability analysis and selection of pisifera palms for commercial production of high yielding and dwarf oil palm planting materials, Scienedirect.com.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com