Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Tahukah anda mengenai buah engkala? Buah engkala atau nama saintifiknya ialah Litsea garciae berasal dalam keluarga alpukat atau avacado. Ada juga yang menyebut buah engkalak kalangkala atau avocado Malaysia (https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/digelar-avocado-versi-malaysia- kenali-buah-engkalak-yang-hanya-terdapat-di-borneo/). Buah ini jarang sekali dijumpai di Semenanjung Malaysia tetapi hidup subur di kepulauan Borneo terutama di Sarawak. Dari aspek fisiologi, pokok ini dikategori sebagai buah-buahan nadir bermusim, tumbuh menegak dan mempunyai cabang-cabang yang banyak. Ketinggian pokok ini sekitar 10 hingga 15 meter. Ditanam daripada biji benih dari buah matang dan mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk berbunga. Buah engkala terdiri daripada dua varieti iaitu engkala susu (saiz lebih kecil) dan engkala bulan (saiz lebih besar).
Buah ini berbentuk bulat dan leper seakan bentuk buah manggis tetapi berbeza pada warna dan saiznya. Buah biasanya akan keluar pada tepi dahan kecil pokok. Anggaran saiz buah ini berukuran sekitar 4 hingga 8 sentimeter dan mempunyai tangkai buah sepanjang 1.0 hingga 1.5 sentimeter pada dahan kecil. Untuk menuai hasilnya, dahan dahan kecil yang mempunyai buah perlulah di cantas daripada pokoknya. Apabila dahan kecil sudah ditebang, buah engkala ini bolehlah dipetik dan diletakkan di dalam bakul, plastik atau guni. Setelah hasil dikutip buah ini akan dilonggokkan dan dipasarkan.
Buah engkala yang masih muda berwarna putih kehijauan. Isinya pula berwarna putih krim yang sedikit keras dan mempunyai rasa yang pahit. Selepas itu, buah ini akan dibiarkan masak dengan sendirinya yang mengambil dalam masa 2 hingga 4 hari untuk masak sebelum boleh dimakan. Apabila sudah masak buah engkala akan bertukar warna merah jambu dan pastinya boleh menarik minat kepada sesiapa yang tidak pernah melihatnya. Isi buah engkala yang sudah masak akan menjadi lembut dan mempunyai rasa manis serta berlemak. Sebelum buah ini dimakan, ia perlu direndam di dalam air suam selama 5 hingga 10 minit. Tujuan buah ini direndam adalah untuk memudahkan kulitnya dikupas serta melembutkan isinya. Selepas direndam buah tadi perlu ditoskan airnya. Bagi menambah rasa keenakan buah ini, buah ini bolehlah ditambah dengan sedikit garam atau kicap. Rasanya enak bila dimakan dan tekstur isinya lembut serta hampir sama dengan buah avocado. Buah engkala ini dijual di pasar tani atau diambil peraih untuk jualan runcit.

Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Pokok nadir saka ini perlu dipulihara agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang kewujudan buah engkala sebagai khazanah alam yang perlu diwarisi. Penyelidikan berkaitan nutrisi dan khasiatnya perlu diperbanyakkan agar menjadi rujukan kepada pembangunan produk bernilai tinggi dalam dan luar negara.
Sumber rujukan :
1.Temu bual bersemuka bersama peniaga di Pasar Satok, Sarawak.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350