You are currently viewing Kaedah Suntikan Racun Kimia Ke Dalam Pokok Sakit Akan Melanjutkan Hayat Ekonomi Pokok – Ringkasan Kesan Hexaconazole Ke atas Penyakit Ganoderma

Kaedah Suntikan Racun Kimia Ke Dalam Pokok Sakit Akan Melanjutkan Hayat Ekonomi Pokok – Ringkasan Kesan Hexaconazole Ke atas Penyakit Ganoderma

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Kesan racun kimia ke atas kulat berbahaya dalam tanah seperti kulat Ganoderma adalah bergantung kepada cara aplikasi. Cara aplikasi yang betul akan mendatangkan kesan lebih optimum. Umpamanya racun kimia hexaconazole adalah salah satu jenis yang perlu disuntik ke dalam pokok untuk mendatangkan kesan positif. Hexaconazole telah diakui sebagai racun kimia yang berkesan untuk mengawal kulat Ganoderma yang menyebabkan penyakit Ganoderma sawit. Suntikan tersebut juga perlu dilakukan dengan alat suntikan bertekanan tinggi supaya larutan racun itu boleh mencapai ke bahagian jangkitan tersebut.

Dalam ujian untuk menilai kecekapan alat suntikan bertekanan tinggi itu, sejenis pewarna telah digunakan, dan dalam masa kurang daripada 3 minit, larutan sudah berjaya masuk sedalam 40cm ke dalam pokok. Ujian ini mengesahkan kecekapan alat suntikan itu untuk digunakan dalam kawalan penyakit Ganoderma.

Racun hexaconazole akan membunuh kulat Ganoderma serta mengurangkan populasinya. Pokok sakit sama ada akan sembuh daripada jangkitan penyakit atau dapat melanjutkan hayat hidupnya selepas rawatan adalah bergantung kepada sejauh manakah populasi kulat di situ sudah dikawal.

Hexaconazole merupakan sejenis racun dari famili triazole. Ia bersifat sistemik. Kesannya dikatakan lebih baik daripada racun kimia lain dalam menangani kulat Ganoderma oleh kerana dos aplikasinya menjimatkan jika dibandingkan dengan yang lain. Hexaconazole juga digunakan untuk mengawal penyakit Ganoderma batang pokok (upper stem rot disease) dengan membawa kesan setimpal.

Ujian keberkesanan racun hexaconazole telah dikendalikan dengan kekerapan rawatan pada setiap 6 bulan dan berturut-turut selama 5 tahun, dan mendapati kadar kematian pokok berada pada 48.1% dan 41.7%. Plot tidak dirawat dengan racun ini mengalami kematian pokok 100%. keputusan ini menggambarkan kesan melanjutkan hayat hidup pokok sakit selepas dirawat adalah baik. Daripada Gambarajah 1, jelas kelihatan hasil sawit di plot yang menjalankan rawatan adalah lebih tinggi daripada plot tidak dirawat. Dengan kata lain, pengusaha tanaman dapat mengurangkan kerugian 30 – 40% dengan menggunakan hexaconazole sebagai ubat kawalan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sebagai langkah pencegahan, kawasan berisiko tinggi menjangkiti penyakit ini boleh menggunakan racun ini untuk mengelak daripada jangkitan pada pokok. Pada hakikat, untuk menangani penyakit reput pangkal batang sawit iaitu penyakit Ganoderma, kaedah menyiramnya di atas tanah atau menyuntiknya ke dalam tanah di sekitar akar pokok juga pernah dilakukan, namun kesannya dipercayai lebih rendah berbanding amalan suntikan ke bahagian pangkal pokok.

Bagi penyakit reput batang pokok akibat serangan kulat Ganoderma, oleh kerana bahagian diserang itu berada di bahagian atas batang pokok, maka cara sesuai digunakan ialah menggali lubang di batang pokok berjarak satu meter dari pangkal pokok kemudian menyuntik 2 liter racun tersebut ke dalam. Tambahan, satu liter larutan pula disembur ke bahagian jangkitan di atas pokok. MPOB juga menyediakan perkhidmatan rawatan ini kepada pengusaha tanaman sawit dengan anggaran kos di antara RM8 – RM10 per pokok.

Sumber maklumat :

1. Perusahaan Sawit Di Malaysia : Satu Panduan
2. Idris, A S, “Hexaconazole asa preventive treatment for managing Ganoderma in oil palm”, MPOB TS No. 75, 2010.
3. Nur-Rashyeda, R et al., “Fungicide application for the control of Ganoderma Uper Stem Rot (USR) disease in oil palm”, MPOB TT. No. 677 2021.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :