You are currently viewing Apakah Implikasi Biji Kesep Buah Durian?

Apakah Implikasi Biji Kesep Buah Durian?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Besar atau kecil biji dalam buah durian sering menjadi kayu ukur penggemar durian terhadap kualiti durian tersebut. Buah berbiji kesep atau leper amnya berisi lebih tebal justeru berbaloi untuk dimakan. Oleh yang demikian, biji kesep lebih disambuti orang ramai berbanding biji penuh serta besar.

Biji adalah hasil dari keturunan tanaman. Biji penuh dan besar membawa konotasi buah tersebut tumbuh dengan lebih sihat kerana proses persenyawaan berlaku dengan lebih normal dan selanjutnya membentuk biji penuh dan besar. Biji kesep juga tidak sesuai untuk dibiak serta ditanami. Keadaan seumpama ini menjadikan pokok penanti durian wajib menggunakan biji penuh dan besar sebagai bahan tanaman. Keadaan biji juga membawa maksud buah berbiji kesep adalah berasal dari durian kampung manakala yang berbiji kesep lebih banyak berasal dari pokok cantuman. Kenyataan ini mungkin boleh diterima memandangkan biji pokok cantuman jarang-jarang digunakan untuk pembiakan cantuman.

Biji kesep dalam buah durian boleh kelihatan dalam baka durian yang dibiak oleh Songpol Somsri di Thailand. Beliau merupakan seorang pakar yang telah banyak menyumbang terhadap pengembangan industri durian di negaranya. Baka komersial yang telah dibiaknya melalui pelbagai hala kacukan bunga betina dengan debunga antara baka popular di negara tersebut telah menghasilkan 9 jenis durian, iaitu Chanthaburi 1 Chanthaburi 9. Antara baka-baka tersebut, durian Chanthaburi 1, Chanthaburi 8 dan Chanthaburi 9 masing-masing mengandungi biji kesep 42.30%, 69.895 dan 41.26% manakala yang lain mengandungi biji kesep di antara 16.6 % – 28.76%. Dari sini jelas kelihatan biji kesep adalah hasil daripada proses kacukan. Semakin banyak proses kacukan dilakukan maka semakin tinggi peratusan biji kesep wujud di dalam buah tersebut. Kenyataan ini mungkin boleh diterima umum.

Satu gejala telah berlaku dalam sebahagian buah Musang King (D197) yang mengandungi biji buah yang agak besar walaupun gejala ini tidak berlaku secara lumrah. Catatan daripada sumber mengenai perkara ini menerangkan pekebun telah menggunakan baja fosforus secara berlebihan di peringkat pokok mula matang dan berbuah kerana unsur ini berupaya meningkatkan saiz biji. Penerimaan fosforus oleh pokok durian jika tidak mencukupi, pertumbuhan biji dalam buah akan terjejas serta berbiji kurang, malahan kebolehgunaan bijinya juga berkurangan kerana biji tidak tumbuh dengan normal atau dengan kata lain, bersifat cacat.

Jika pandangan ini diterima, maka untuk mendapatkan biji buah yang kesep, maka aplikasi baja fosforus hendaklah berhati-hati tidak supaya berlebihan demi mengelak pembentukan biji yang penuh dan besar. Kebolehgunaan biji dalam pembiakan bukanlah isu penting kepada penggemar durian. Perkara penting ialah buahnya mesti berisi tebal dan berbiji kesep supaya memenuhi selera. Tiada penggemar yang sukakan biji penuh dan besar. Lagipun, penanam juga tidak menghadapi masalah bekalan untuk memperolehi biji penuh dan besar dalam usaha pembiakan tanaman mereka.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Fungsi fosforus dalam pertumbuhan biji buah durian tidak berhenti di situ, ini kerana unsur tersebut juga penting untuk pertumbuhan daun, akar, bunga serta proses metabolisme dalam pokok. Justeru itu, aplikasi fosforus di peringkat permulaan pembuahan disyorkan jangan berlebihan manakala di peringkat biasa hanya menggunakan dos secara bersesuaian agar pokok tidak menghadapi kekurangan terhadap unsur ini. Dengan cara ini, perolehan biji kesep lambat-laun mungkin dapat direalisasikan.

Pada hakikat, gejala biji kesep menandakan pertumbuhan biji yang tidak normal. Keadaan ini sering berlaku terhadap buah yang dihasilkan melalui pendebungaan diri (pendebungaan antara bunga betina dan debunga daripada pokok yang sama) yang akan menghasilkan biji tidak normal, umpamanya biji kesep serta juga berbiji kurang berbanding buah yang terhasil daripada pendebungaan silang (pendebungaan antara bunga betina dengan debuga daripada pokok yang lain). Sehingga kini, sebab-musabab berlakunya gejala ini masih kurang difahami. Namun, sebagai penikmat buah durian, orang ramai rela menerima gejala ini.

 

Sumber maklumat :

1. Dr. Songpol Somsri, Durian in Thailand: A Success Story, APAARI, 2018.
2. N.K. Fageria, The Use of Nutrients in Crop Plants, CRC Press, 2009,pp. 97-99.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :