You are currently viewing Keperluan Nutrien Oleh Pokok Kelapa

Keperluan Nutrien Oleh Pokok Kelapa

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sri Lanka adalah pengeluar kelapa yang penting di dunia dengan keluasan penanaman 400,000 hektar iaitu hanya berkedudukan di belakang keluasan padi di negara tersebut. Oleh itu kajian kelapa di negara itu juga maju. Satu kajian terhadap pengangkutan keluar nutrien dari pokok kelapa berumur 6 – 8 tahun didapati setiap pokok yang mengeluarkan 50 biji buah setahun akan mengangkut keluar N 0.45kg, P 0.15kg, K 0.25kg dan Mg 0.20kg melalui hasil buah yang dikutip. Jika memasukkan penggunaan Kalium daripada bahagian lain pokok maka pengangkutan keluar kalium adalah paling tinggi iaitu lebih kurang 0.85kg diikuti oleh N 0.80kg, P 0.18kg dan Mg 0.20kg/pokok/tahun. Daripada sini jelas kelihatan N dan kalium merupakan nutrien utama bagi pokok kelapa di peringkat pembuahan.

Dari segi nutrien surih, susunan kepentingannya ialah besi (7.2g), mangan (3.9g), Zink (2.78g), boron (1.63g) dan kuprum (0.82g/pokok/tahun). Semua dos nutrien ini diangkut keluar daripada pokok setiap tahun dan perlu diganti.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Jika berpandukan kadar penggunaan dan pengangkutan keluar nutrien untuk menentukan kepentingan nutrien bagi pokok kelapa, maka pandangan ini hanya separuh betul. Menurut kajian tersebut, kepentingan nutrien bagi pokok kelapa adalah mengikut susunan kalium > Mg > N > P menyatakan walaupun Mg tidak digunakan dengan banyak dalam proses pengeluaran kelapa, tetapi ia mempunyai kedudukan penting.

Dalam kajian pokok kelapa berumur 7 tahun selepas ditanam, jika penaburan NPK setiap tahun memberikan hasil buah 46 biji, maka menokok tambah dengan penaburan Mg akan meningkatkan hasil buah kepada 62 biji iaitu bersamaan kadar peningkatan 35%. Andai kata pokok tersebut sudah menunjukkan gejala kekurangan nutrien Mg melalui simptom daun berwarna kuning, penokokan Mg bersama NPK juga tetap memberi hasil buah 46 biji.

Oleh itu, bagi pokok kelapa yang belum dan yang sudah matang, penaburan 500g dolomite per pokok per tahun sudah mencukupi untuk menampung keperluan Mg. Walau bagaimanapun, oleh kerana keadaan penanaman adalah berbeza mengikut kawasan atau negara, maka keputusan ini elok sahaja digunakan sebagai rujukan am.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com