You are currently viewing Durian Puyat Dijangka Menjadi Baka Sasaran Eksport

Durian Puyat Dijangka Menjadi Baka Sasaran Eksport

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Puyat di Filipina merupakan baka durian utama di negara itu. Ia telah dieksport ke Singapura dan China. Jika anda berpeluang menziarahi Bandar Davao di Filipina, anda akan jumpa baka ini lumrah dijual di situ. Menurut sumber, Puyat kononnya menjadi baka durian pertama dari Filipina untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Secara nyata Puyat berasal dari anak benih Chanee dari Thailand. Namun baka ini agak berlainan dengan Chanee mungkin atas sebab sekitaran penanaman yang berbeza. Buahnya semacam bentuk pir dan durinya berwarna perang. Isi buah pula berwarna kuning oren dan cita rasanya seakan sama buah Chanee. Inilah salah satu baka yang berisi tebal serta harum pekat tetapi tiada bau pahit berlogam seperti dalam Chanee. Bagaimanapun, semakin masak buah Puyat maka semakin berbau dan perisa seperti Chanee.

Ramai pengunjung dari China dan Hong Kong selalu meminta Musang King atau D24 di warung jualan di Singapura. Selepas mencubai, sesetengah mereka tidak tahan dengan keharuman tebal, cita rasa berkrim malahan kepahitan dalam buah durian tersebut. Maka itu, Puyat menjadi pilihan mereka.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Cita rasa Puyat sangat menarik. Sesetengah penikmat menggolongkan kualiti Puyat di atas Monthong dan seakan-akan sama taraf dengan D24. Puyat apabila dikopek, dari jauh sudah dapat terhidu keharumannya yang unik. Puyat sangat manis, isi tebal dan berkrim beserta dengan biji benih yang umumnya agak kecil. Justeru itu ia dianggap buah yang sangat berbaloi untuk dinikmati kerana mudah kenyang dengan isi buah yang tebal-tebal.

Jika Puyat menjadi sasaran eksport ke China, ia akan mencipta 10,000 peluang pekerjaan dalam rantaian durian di Filipina. Inilah berita baik bagi negaranya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :