You are currently viewing Durio Berkulit Merah

Durio Berkulit Merah


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Durio dulcis berkulit merah, fenomena ini berbeza dengan Durio graveolens yang berisi merah. D. dulcis merupakan salah satu spesies di antara 23 spesies durio yang didapati di alam semesta ini dan antara satu spesies di antara 9 spesies yang boleh dimakan. Buah ini hanya dijumpai di hutan Sarawak, Sabah dan Brunei tetapi tidak di hutan Semenanjung Malaysia.

Pokok hutan ini bersaiz besar dan sangat tinggi sehingga 46 meter manakala ukur lilit batang pokok boleh mencapai 123 cm (49.2 inci) justeru boleh dijadikan kayu pembinaan. Buahnya akan jatuh ke tanah tetapi sukar untuk mengopek ekoran kulitnya yang tebal. Isi buah juga tebal dan berkrim menampilkan warna kuning gelap atau ungu. Bunga Durio Dulcis juga besar dan berwarna ungu. Dari segi isi buah, ia menghamburkan bau yang kuat tetapi dari segi cita rasa malangnya tidak dapat dimaklumkan kerana belum cuba, namun dipercayai kurang menyelerakan jika dibandingkan dengan Durio zibethinus (durian) yang memberi selera lebih tinggi.

 


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Sumber maklumat :

Salma Idris, Durio of Malaysia, MARDI, 2011, Page 24-30.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com