You are currently viewing Teritip Dan Koya Dapat Dikawal Dengan Racun Serangga Yang Sama

Teritip Dan Koya Dapat Dikawal Dengan Racun Serangga Yang Sama

  • Post category:Blog

Teritip (durian scale) adalah sejenis serangga perosak yang gemar menumpang hidup di bahagian daun, ranting dan buah durian. Bentuknya semacam buah labu dan sering dilitupi dengan satu lapisan lilin atau penutup daripada bahan lain untuk melindunginya serta telur daripada serangan perosak lain. Teritip dan koya merupakan dua jenis serangga yang berbeza. Koya mempunyai badan yang dipenuhi serbuk putih tetapi tiada penutup keras. Oleh kerana kedua-dua serangga ini mempunyai tabiat serta kitaran hidup serupa justeru digolongkan ke dalam kumpulan yang sama oleh pakar serangga.

Teritip dan koya tidak makan tisu daun tetapi menghisap cecair daun dan ranting, dan menyebabkan bahagian itu layu dan gugur. Selepas diserang, kecergasan pokok menurun. Gejala serangan jika tidak disiasat, ia hampir menyerupai kekurangan nutrien. Bahagian diserangi itu kemudian diliputi oleh kulat kulapuk hitam kerana kedua-dua jenis serangga ini akan merembes sejenis bahan manisan dan mengundang kehadiran kulat kulapuk hitam. Semut adalah media penyebar teritip dan koya. Daun akan gugur dan ranting akan layu akibat serangan. Dalam keadaan serius, pokok mungkin akan mati.

Kawalan ke atas teritip dan koya adalah menggunakan racun serangga yang sama. Serangannya boleh dikawal dengan semburan minyak putih (contoh: Shell Miscible White Oil, 57 ml/4.5 liter air; Albarol, 13 ml/4.5 liter air), dimethoate (contoh: Aerogor, 15 ml/10 liter air) dan malathion (contoh: Hextar Malathion 840, 8 ml/4.5 liter air). Semburan racun tersebut dapat juga mengawal semut. Serangga kulat kulapuk hitam pula dikawal dengan benomyl (contoh : Benlate, 4 g/4.5 liter air).

Bahan rujukan :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008.

Sila kongsi kepada kawan :