You are currently viewing Lumut dan Tumbuhan Duit-Duit Mengganggu Tanaman Durian ?

Lumut dan Tumbuhan Duit-Duit Mengganggu Tanaman Durian ?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Kebiasaan lumut aka tumbuh pada batang, dahan, ranting malah daun tanaman durian. la adalah sejenis tumbuhan hijau yang tidak berbunga serta tiada biji benih. Memandangkan tumbuhan ini mampu menjalankan proses fotosintesis sendiri serta menanggung diri keperluan makanan, maka kesannya terhadap tanaman durian adalah minimum. Namun, oleh kerana lumut tumbuh menutupi kulit luaran bahagian pokok, keadaan ini akan mengganggu proses pernafasan dan pemeluhan pokok selanjutnya mempengaruhi tumbesaran pokok.

Pertumbuhan lumut di atas pokok durian menjadikan tanaman ini kelihatan tidak kemas malah juga memberi kesan negatif ke atas pembungaan dan pembuahan. Kehadiran lumut yang banyak akan memupuk kehadiran kulat lain untuk menumpang hidup di situ kerana tempat yang ada lumut amnya lebih basah dan memudahkan pertumbuhan kulat lain. Semakin banyak kulat maka semakin tinggi risiko jangkitan penyakit oleh pokok. Jika dilihat secara teliti, lumut mempunyai batang yang halus serta juga ada daun tetapi tiada sistem akar.

Lumut amnya tidak tumbuh di lokasi yang bersih. Sekiranya menghadapi masalah lumut, penyelesaian juga mudah sahaja, melalui semburan air garam sudah cukup untuk menghapuskannya kerana air garam akan menjejaskan daun lumut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Lumut juga merangsang pertumbuhan tumbuhan duit-duit. Hubungan di antara kedua-duanya ibarat adik-beradik. Sistem akar duit-duit adalah cetek, justeru itu kesannya terhadap pokok juga berlaku dari segi penutupan kulit luaran bahagian pokok mengakibatkan proses pemeluhan dan pernafasan pokok terganggu. Jika jumlah duit-duit adalah banyak, maka akan mendatangkan kesan buruk terhadap pembungaan dan pembuahan. Tumbuhan duit-duit di atas pokok boleh disingkirkan dengan tangan. Jika pertumbuhannya sudah tebal, maka bahagian pokok tersebut terpaksa dipotong dan bahagian luka pokok kemudian dirawat dengan selapisan ubat. 1% paraquat juga berkesan untuk mengawal tumbuhan duit-duit tetapi amalan ini tidak digalakkan kerana khuatir akan menjejaskan tanaman durian. Dalam situasi ini, maka mencabut atau menggosok secara manual kelihatan adalah kaedah paling baik.

 

Sumber maklumat :

Lim Tong Kwee and Kamaruzaman Sijam, Penyakit Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua), pp. 59-60, 64-65.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :