You are currently viewing Kebun Baru Durian Hendaklah Memasang Sistem Pengairan Automatik

Kebun Baru Durian Hendaklah Memasang Sistem Pengairan Automatik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Bagi mereka yang ingin membeli tanah untuk menanam durian, tanah tersebut hendaklah berdekatan dengan sumber air untuk tujuan pengairan. Kebun durian yang tidak mempunyai sistem pengairan akan menghadapi masalah besar terutama semasa musim kering. Sumber air terbaik adalah air bukit kerana mengandungi mineral, ion dan kandungan oksigen yang lebih tinggi. Air yang mengalir di dalam parit juga dikira baik manakala air kolam adalah sederhana baik. Dalam situasi paling kritikal, air paip boleh digunakan tetapi kosnya lebih tinggi di samping juga terhad. Lagi pun, air paip tidak mengandungi mikrob bermanfaat kerana telah dibasmikan oleh klorin.

Sekiranya kawasan kebun berdekatan dengan air bukit, maka air tersebut hendaklah dibawa masuk ke dalam kolam simpanan air ataupun tangki PE hitam yang besar. Saiz kolam air itu hendaklah sebesar 1/20 keluasan kebun tersebut. Andai kata kebun itu seluas 5 ekar, maka saiz kolam air ialah 0.25 ekar dengan kedalaman kolam 12 kaki. Kolam air hendaklah dibina di tempat yang lebih tinggi untuk memudahkan air kolam disampaikan ke bawah untuk menyiramkan pokok. Kolam air tidak harus terlalu mendalam kerana takut-takut pekerja tergelincir ke dalam dan membahayakan nyawa walaupun kolam air yang lebih mendalam boleh mengisi lebih banyak air. Pada hakikat, kedalaman 12 kaki sudah cukup untuk mengairi kawasan tanaman durian seluas 5 ekar.

Oleh kerana kebun durian kini mempunyai potensi sebagai tempat agro-pelancongan, maka kolam air boleh dibuat dengan lebih kemas. Di dalam kolam, ikan boleh dibela dan di sekelilingnya ditanami bunga-bungaan untuk menghiasi alam sekitaran. Agro-pelancongan mampu menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha tanaman durian.

Pada masa dahulu, kebun durian tidak dipasang sistem pengairan. Pada masa itu harga durian adalah murah justeru pokok durian sekadar bergantung kepada air hujan sebagai bekalan air. Maka itu pengeluaran hasil juga kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak bergantung kepada taburan hujan yang ada. Senario ini sudah berubah sekarang kerana harga durian telah meningkat dengan banyak. Oleh itu, kebun komersial tidak harus bergantung semata-mata kepada air hujan, sebaliknya perlu mengambil iniatif untuk memasang sistem pengairan sebagai usaha meningkatkan hasil buah durian. Kos pemasangan ini dijangka akan balik modal dalam jangka pendek memandangkan harga durian adalah baik sekarang.

Pemasangan sistem pengairan automatik memerlukan setiap pokok disambungkan satu kepala renjisan air yang diletakkan 2 – 3 kaki tinggi dari permukaan tanah. Untuk pokok berumur kurang daripada 3 tahun, jumlah air sebanyak 5 liter hendaklah disampaikan kepada setiap pokok pada setiap 3 hari. Bagi pokok berumur 3 tahun ke atas, pemasangan 2-3 kepala renjisan air di bawah setiap pokok adalah memadai untuk melitupi kawasan di bawah pokok dengan secukupnya. Bagi pokok berumur 8 tahun dan ke atas, pengairan dijalankan setiap 5 hari pada kadar 50 liter/pokok dan meningkat kepada 80 liter/pokok pada hari kemarau. Untuk mengenal pasti ketepuan air di dalam tanah, tanah boleh dikorek untuk mendapatkan jawapan.

Penyiraman pokok perlu dikawal semasa kutipan hasil supaya kualiti buah dikekal. Pada masa memupuk bunga, amalan ini juga hendak dihentikan sementara agar tidak memupuk pengeluaran tunas selanjutnya mempengaruhi kadar pembungaan.

Bagi kawasan seluas 10 ekar, kuasa pam untuk sistem pengairan itu sekadar 10 HP sudah memadai. Oleh kerana sistem pengairan digunakan secara berpanjangan di kebun, maka paip yang digunakan dalam sistem ini hendaklah bekualiti baik supaya tidak mudah pecah. Dalam sistem pengairan tersebut, terdapat paip utama, sekunder dan tertiari yang mana saiz paip adalah paling besar bagi paip utama, kemudian semakin kecil bagi paip sekunder dan akhirnya paip tertiari.

Pendek kata, sistem pengairan automatik adalah penting untuk kebun baru durian. Dalam situasi cuaca Malaysia sekarang yang tidak dapat menentu taburan hujan, pemasangan sistem pengairan automatik dapat melestarikan tumbesaran dan pembuahan pokok.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :