You are currently viewing Di Mana Akar Pokok Sawit Tumbuh Itulah Lokasi Tepat Untuk Aplikasi Baja

Di Mana Akar Pokok Sawit Tumbuh Itulah Lokasi Tepat Untuk Aplikasi Baja


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Secara ringkas, penaburan baja di lokasi pertumbuhan akar penyerap nutrien memberi kesan paling optimum untuk mendapatkan lebih banyak buah. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan sistem akar pokok sawit tumbuh dalam jarak setengah meter malah hanya 30 cm sahaja daripada permukaan tanah. Dengan kata lain, tanaman sawit merupakan pokok berakar cetek justeru aplikasi baja secara menabur di permukaan tanah serta di lokasi bertepatan dengan kawasan pertumbuhannya memberi kesan optimum.

Di Sumatera Barat, pernah didapati jumlah akar pokok sawit berumur 10 tahun yang tumbuh di tanah gunung berapi berstruktur baik juga amat kurang di tanah melebihi kedalaman 30 cm. Keadaan ini menyatakan tidak kira pokok muda atau pokok matang, morfologi pertumbuhan akar adalah wujud dalam bentuk merentang berhampiran dengan permukaan tanah. Sebab itu, penaburan baja dan bekalan air sering mewujudkan tindak balas yang cepat bagi tanaman ini.

Pendek kata, akar bagi pokok berumur 6 tahun kebanyakan bertumpu di lokasi 2.5 meter dari pangkal pokok manakala pokok 10 tahun dan ke atas, akarnya sudah menjalar sehingga hujung dan luar daripada hujung kanopi. Maka lokasi ini adalah sesuai untuk aplikasi baja. Bagi pokok sawit matang, aplikasi baja dalam bulatan merumput tetap mendatangkan kesan positif. Selain itu, di lokasi longgokan pelepah pangkasan, oleh kerana lokasi tersebut sering menjadi tumpuan akar, maka penaburan baja di situ juga tepat dengan objektif pembajaan.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

 

Bahan rujukan :

Thomas Fairhurst and Rolf Hardter (Editors), Oil Palm : Management For Large and Sustainable Yields, PPIC & IPI, 2003, pp. 14-16.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/