You are currently viewing Bahan Tanaman Sawit Kultur Tisu Series 2 (CPS2) Potensi Hasil Yang Tinggi

Bahan Tanaman Sawit Kultur Tisu Series 2 (CPS2) Potensi Hasil Yang Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Industri sawit Malaysia mencatatkan hasil purata minyak sawit 3.53 tan/ha/tahun pada tahun 2017 (MPOB 2018). Padahal, potensi genetik hasil minyak sawit dipercayai boleh meningkat sehingga 18.5 tan/ha/ahun (Corley, 1998). Oleh itu, melalui strategi pembiakbakaan diyakini status penghasilan minyak dapat ditingkatkan. Umpamanya bahan tanaman tisu kultur (klon) telah didapati dapat meningkatkan keluaran minyak sekurang-kurangnya 10 15% jika ditanam dengan amalan pertanain baik (GAP). Walaupun potensi bahan tanaman ini kelihatan baik, namun eksploitasi potensi tersebut masih rendah kerana penggunaan bahan tanaman kultur tisu di Malaysia masih kurang daripada 5%.

Oleh yang demikian, penanaman anak benih sawit kultur tisu hendaklah diberatkan. Berikutan KARMA (Ong-Abdullah et al., 2015) iaitu satu kaedah pengesanan abnormaliti anak benih kultur tisu, bahan tamanan ini telah meningkatkan keyakinan pihak penanam untuk menanam anak benih klon di ladang mereka. Umumnya, pembiakbakaan bahan tanaman kultur tisu adalah bertumpu pada aspek pengeluaran hasil. Kini pemilihan bahan tanaman bergenetik kompak turut diberi perhatian berat agar ia boleh ditanam dengan lebat padat dan selanjutnya memberi hasil sehektar yang lebih tinggi lagi.

Dalam perkara ini, MPOB telah mencurahkan usaha melalui program pengkulturan bahan tanaman kultur tisu yang dinamakan CPS1 (Clonal Palm Series 1) pada tahun 2017. Selanjutnya pokok sawit 0.150/2657 telah digunakan sebagai ortet untuk pengklonan. Rametnya kemudian ditanam dan dinilai di beberapa lokasi termasuk Kluang dan Bagan Datuk. Selepas 9 tahun ditanam, CPS2 (Clonal Palm Series 2) menunjukkan potensi pencapaian pengeluaran hasil buah tandan segar 35.7 tan/ha/tahun bersama penghasilan minyak 10.8 tan/ha/tahun melalui kepadatan penanaman 198 pokok/ha. Tambahan, tiada sebarang pokok tidak normal yang dikesan dalam tempoh masa yang sama.

Keunikan CPS2

CPS2 menunjukkan keunikan dari segi morfologi seperti berikut :

• Ukuran petiole cross section yang nipis iaitu 15.7 cm2 berbanding 39.3 cm2 untuk DxP standard cross.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

• Rakis yang lebih pendek iaitu 4.5 m berbanding 6.1 m untuk DxP standard cross.

• Kadar peninggian pokok yang lambat iaitu 24 cm setahun berbanding 40 cm setahun untuk DXP standard cross.

• Indek buah tandan yang tinggi iaitu 0.51 berbanding 0.30 untuk DxP standard cross.

Di samping itu, bahan tanaman CPS2 adalah sesuai untuk penanaman dengan kepadatan tinggi sehingga 198 pokok/ha. Buah tandan CPS2 adalah bersaiz sederhana iaitu satu ciri yang lebih digemari oleh penanam dan juga pihak kilang sawit.

Sumber maklumat :

Samsul Kamal Rosli et al., “Clonal Palm Series 2 (CPS 2), MPOB Information Series July 2018, MPOB TT. No.634.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :