You are currently viewing Kawalan Serangan Kumbang Makan Isi Mangga

Kawalan Serangan Kumbang Makan Isi Mangga


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Apabila buah mangga mencapai umur 4 – 5 minggu, sejenis kumbang bernama “mango pulp weevil” atau nama saintifik Sternochetus frigidus akan menelur di permukaan kulit. Larva yang menetas akan masuk ke dalam buah. Di dalam buah larva akan makan isinya dan menyempurnakan kitaran hidup ke peringkat dewasa. Di dalam isi buah yang diserang, sering terdapat ketiga-tiga peringkat larva, pupa dan dewasa di dalam. Kumbang dewasa akan terbang keluar melalui lubang di permukaan kulit. Isi buah yang telah diserang akan reput dan kehilangan nilai pasaran.

Kewujudan larva tidak mudah dikesan di peringkat awal. Kumbang dewasa pula hanya aktif di waktu malam. Oleh itu, semasa buah bersaiz bola ping pong, ia hendaklah dibalut dengan plastik. Sebelum balut, satu lapisan racun serangga perlu disemburi. Semua sisa terserak di ladang hendaklah dikumpul dan dibakar kerana itulah tempat persembunyian kumbang dewasa.

Di ladang yang penah mengalami serangan serangga perosak ini, maka kawalan kimia boleh digunakan. Semburan racun serangga berkesan menangani serangan perosak ini. Racun seperti fenitrothion (contoh Sumithion 50 EC, 15 ml/10 liter air), deltamethrin  (contoh Decis, 5 ml/4.5 liter air), dimethoate (contoh Dimet 40, 5 ml/4.5 liter air), cypermetrin (contoh Chiptrin 5.5, 10 ml/10 liter air), dan cyfluthrin (contoh Baythroid 5 EC, 7.5 ml/10 liter air) boleh digunakan secara bergilir-gilir pada setiap 7 – 14 hari melalui semburan.


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/