You are currently viewing Penjarangan Putik Buah Durian Berbaloi Atau Tidak?

Penjarangan Putik Buah Durian Berbaloi Atau Tidak?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Menanam durian kini bukanlah topik lama lagi. Ramai petani kini telah menerapkan amalan lebih moden dalam penanaman pokok “emas” ini. Penjarangan putik buah menjadi isu perbicaraan yang hangat kerana tanggapan umum ialah penjarangan putik buah akan mengurangkan bilangan buah di atas pokok, padahal buah sekecil macam manapun tetap boleh dijual di pasaran, cuma aras harganya yang lebih rendah. Jika memegang kepada pandangan seperti ini, maka amalan penjarangan putik buah tentu tidak akan berlaku.

Penjarangan putik buah umumnya dijalankan dengan harapan mendapat saiz buah lebih besar dan seragam serta meminimumkan beban pokok terhadap agihan sumber makanan berlebihan kepada putik buah yang banyak. Dengan minda ini, mendapat jumlah buah, misalnya 5 – 10 biji di peringkat umur pokok 5 tahun, atau 20 – 30 biji di peringkat umur 6 tahun atau 50 biji di peringkat umur 7 tahun sudah memadai. Dengan kata lain, kualiti buah lebih diutamakan berbanding kuantiti dan selanjutnya menjamin pembuahan yang baik pada setiap tahun berikut kerana beban pokok telah diringankan.

Biarpun putik buah tidak dijarangkan, banyak putik buah juga akan gugur daripada pokok. Adakah pekebun sudah mengesan gejala tanaman ini? Keadaan ini disebabkan oleh mekanisme pembuahan pokok yang sukar untuk menanggung pembuahan yang lebat. Justeru itu, pembajaan adalah penting kerana nutrien yang mencukupi mampu mengurangkan gejala guguran putik buah. Pembajaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya pokok cukup subur untuk berbuah di musim pembuahan.

Pada tahun 2019, Filipina pernah menjalankan satu eksperimen ke atas baka durian Puyat di negaranya. Baka ini adalah antara 12 baka utama di negara itu. Baka ini juga mempunyai daya rintangan yang baik terhadap penyakit cerana batang serta memiliki cita rasa yang tinggi justeru disambut baik oleh pekebun di Filipina. Ekperimen ini dirancang dalam tiga rawatan iaitu penjarangan putik buah 25% dan 50% termasuk satu lagi rawatan kawalan yang tiada menjarang apa-apa untuk tujuan perbandingan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Di plot penjarangan putik buah 50% itu, buah yang dikutip mempunyai berat purata 4.7kg iaitu aras terbaik diperolehi. Dalam kesemua plot rawatan, didapati kuantiti buah, hasil buah dan buah cacat tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, namun berat buah didapati lebih tinggi di plot yang mengamalkan penjarangan putik buah 25% dan 50%. Berat isi buah, berat biji benih dan bilangan pangsa tidak ada perbezaan ketara. Eksperimen ini mencapai satu rumusan iaitu penjarangan putik buah 50% berjaya mendapat purata buah yang paling berat serta berkualiti lebih baik beserta tempoh rak yang lebih lama kerana hujung buah didapati rekah lebih lambat.

Akhir kata, eksperimen ini menyatakan amalan penjarangan putik buah berbaloi untuk diamalkan kerana bilangan buah di musim kutipan buah hampir sama dengan plot yang tidak mengamalkan penjarangan putik buah. Ini kerana banyak putik buah telah gugur di plot yang tidak mempraktikkan amalan ini.

 

Bahan rujukan :

Shiela Crez L. Nicholas et al., ‘Yield and harvest quality .of thinned durian (Durio zibethinus Murray cv. Puyat’, Journal of Science, Engineering and Technology, 2019.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :