You are currently viewing Terung Oh Terung ! Sayuran Yang Diminati Oleh Petani

Terung Oh Terung ! Sayuran Yang Diminati Oleh Petani

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman terung semakin digemari oleh petani kawasan tropika di seluruh dunia. Ketinggian pokok kebiasaan antara 2 – 4 kaki dan merupakan pokok kerdil, berjangka pendek serta daya penyesuaian diri yang tinggi terhadap pelbagai agro-iklim. Tanaman ini mudah diusahakan serta berhasil tinggi. Buahnya kaya dengan khasiat serta boleh diproses menjadi pelbagai makanan sampingan. 6 minggu selepas dipindah tanam ke kebun atau 3 minggu selepas pembungaan, buahnya boleh dikutip secara selang 3-4 hari sekali dengan jumlah hasil mencapai 25 – 35 tan/ha. Kesemua ciri ini menjadikan tanaman ini sangat popular di dunia termasuk juga di Malaysia.

Dari segi baka, terung panjang paling banyak ditanami berbanding terung bulat. Di Malaysia, ada sejenis terung bulat berwarna hijau yang dikenali sebagai terung Bangladesh kini memperlihatkan penanaman yang agak tinggi di kalangan petani. Terung ini untuk pasaran buruh asing terutama yang datang dari Bangladesh. Dengan kata lain, terung bulat ini adalah untuk pasaran nic yang kononnya disambut baik oleh pengguna asing.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sebab utama terung disambut baik oleh petani ialah hasilnya tinggi dan juga stabil. Sistem akar tanaman terung mampu menjalar sedalam 1.3 – 1.7 meter ke dalam tanah di samping mengembang secara mendatar sejauh 1.0 – 1.3 meter dengan kebanyakan taburan akar di zon tanah 33 cm dari aras tanah menjadikan pokoknya dapat memperolehi nutrien dan air secukupnya untuk pengeluaran hasil. Sifat tumbesaran pokok yang dikira kuat berdasarkan pemahaman di atas ini agaknya berpunca daripada keperluan pokok untuk menampung buah yang banyak khususnya di peringkat pembuahan besar.

Batang pokok terung yang lurus, kuat serta akan mengeluarkan sepasang dahan dalam setiap kali pemucukan. Pemucukan awal ini dikenali sebagai pemucukan pertama, selepas pengeluaran 2 – 3 helai daun, pemucukan kali kedua akan berlaku. Pemucukan baru akan terus berlaku mengikut corak ini. Pemucukan seperti ini sangat sistematik malah boleh menggunakan satu formula untuk merakamkan corak pemucukan ini, iaitu N=2x (N ialah bilangan cabang manakala x adalah kali pemucukan). Setiap kali pemucukan akan membawakan satu kali pengeluaran hasil buah. Namun, amnya hanya pemucukan 1 – 3 kali yang pertama adalah lebih sistematik. Jika buah di bahagian bawah pokok tidak sempat dikutip, ia akan mempengaruhi kadar pemucukan baru di bahagian atas pokok malahan pemucukan baru mungkin akan menjadi lemah.

Satu kelebihan lain bagi tanaman terung ialah setiap bunganya memperolehi organ jantina serta boleh menjalankan pendebungaan diri (debunga dan bunga betina sama pokok boleh didebungakan). Setiap bunga mempunyai hayat ekonomi selama 3-4 hari, malahan bunga juga tidak menguncup di waktu malam. Bunganya mampu disenyawakan sehari sebelum bunga mekar sehingga 3 hari selepas bunga mengorak. Keunikan ciri bunga ini adalah asas penting kepada pengeluaran hasil terung yang lumayan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :