You are currently viewing Kesan Positif Baja Foliar Terhadap Pengeluaran Bunga Pokok Durian – Hasil Eksperimen Ke atas Durian Puyat

Kesan Positif Baja Foliar Terhadap Pengeluaran Bunga Pokok Durian – Hasil Eksperimen Ke atas Durian Puyat

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Semasa musim buah durian, mudah sekali bagi kita menjumpai durian Puyat di bandar Davao, Filipina. Ini kerana buah ini antara varieti yang paling popular di negara tersebut ekoran isi buahnya yang berwarna kuning cerah sangat canggih serta agak tebal. Pentingnya ialah varieti ini juga mempunyai daya rintangan baik terhadap penyakit kanker batang.

Pada hakikat, Puyat berasal dari baka Chanee dari Thailand. la dibawa masuk ke Filipina pada tahun 70-an. Bentuk buahnya agak berlainan daripada Chanee asal. Bentuk buahnya menyerupai buah pir manakala kulit dan duri buah berwarna perang cetek. Namun perisa buah ini tiada perbezaan ketara dengan Chanee asal iaitu membawa kemanisan tinggi serta rasa pahit yang sederhana.

Puyat digolongkan sebagai durian biasa (Durio zibethinus), justeru kesan pembajaan dianggap sama dengan varieti durian lain yang sama spesies. Pengurusan durian amnya lebih rumit berbanding tanaman lain kerana berkehendakkan bekalan air dan nutrien berlainan mengikut peringkat pertumbuhan. Tambahan ia sangat sensitif terhadap perubahan cuaca sama ada cuaca kering atau cuaca basah sama-sama akan memberi impak terhadap pembungaan dan pembentukan putik buah.

Artikel ini kita akan melihat satu laporan mengenai kajian pembajaan terhadap kadar pembungaan ke atas Puyat. Kajian ini dijalankan di Filipina bagi mengatasi masalah hasil durian yang kurang menggalakkan di negara tersebut. Pembajaan dianggap sebagai salah satu punca utama berlakunya kejadian ini.

Tarikh eksperimen tersebut berlaku di antara Dis 2016 – Mac 2017. Pokok Puyat berumur 10 tahun digunakan dalam eksperimen. 6 rawatan baja berlainan telah digunakan dalam eksperimen itu.

Hasil Kajian

1. Semua rawatan pembajaan berjaya meningkatkan bilangan bunga dalam setiap rumpun bunga di atas pokok. Tumbesaran pokok juga kelihatan bertambah baik.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

2. Aplikasi baja foliar berorganik meningkatkan jumlah bunga sehingga 5 kali ganda jika dibandingkan dengan plot kawalan (tidak dirawat dengan sebarang baja). Malahan bilangan rumpun bunga jugalah terbanyak dalam plot rawatan ini. Dos semburan baja foliar itu adalah mengikut kadar 100ml/liter air dan disembur sekali pada setiap 10 hari.

3. Lebar kanopi pokok juga meningkat 3 – 4 meter selepas 60 hari pembajaan dijalankan. Keadaan ini memberi implikasi bahawa baja butiran tanah dan baja foliar sama-sama memberi kesan positif dalam pemupukan tumbesaran pokok.

4. Hanya pokok yang sudah dibekal baja menunjukkan percambahan kudup bunga, sebaliknya pokok tidak diberikan baja tiada kejadian pembentukan bunga. Di plot semburan baja foliar, percambahan bunga kelihatan lebih ketara. Hal ini menyarankan bahawa baja foliar memberi kesan positif terhadap pengeluaran bunga pokok durian.

Baja foliar dapat membekal nutrien dengan kadar cepat kepada tanaman durian khususnya nutrien surih (TE). Perkara ini wujud sebagai salah satu faktor bagi pokok memperolehi kesan positif tersebut. Nutrien baja foliar dapat diserap oleh liang udara daun pada kadar 8 – 10 kali ganda lebih cepat daripada baja butiran tanah. Menurut sumber, 60 minit selepas semburan, nutrien terkandung di dalam baja foliar itu sudah mengalir ke bahagian akar halus pokok.

5. Walaupun semua plot yang diberikan baja menunjukkan peningkatan bilangan bunga dalam setiap rumpunnya, namun plot semburan baja foliar berjaya memperolehi jumlah rumpun bunga terbanyak di atas pokok. Justeru itu, semburan baja foliar dianggap sebagai amalan positif untuk meningkatkan jumlah bunga di atas pokok durian. Jumlah bunga yang banyak berpotensi meningkatkan hasil buah jika amalan seterusnya menepati apa yang sepatut dilakukan.

 

Bahan rujukan :

Alminda Magbalot-Fernandez, ‘Growth and flowering of Puyat durian (Durio zibethinus) as influence by different types of fertilizer application’, International Journal on Agricultural Science, Jan – June 2021.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :