You are currently viewing MARDI Lancar Empat Jenis Kelapa Hibrid

MARDI Lancar Empat Jenis Kelapa Hibrid

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Bagan Datuk : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan empat varieti kelapa hibrid baru berhasil tinggi untuk meningkatkan hasil dan pendapatan petani dan pengusaha kelapa di negara ini.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, varieti hibrid yang dinamakan Mylag, Marleca, Carena dan Careni itu mampu menjana hasil tinggi dengan kapasiti pengeluaran melebihi 25,000 biji per hektar setahun.

“Keempat-empat kelapa hibrid ini amat sesuai disyorkan kepada petani atau pengusaha tanaman kelapa dan mempunyai ciri-ciri yang sangat baik, rendah, mudah dipetik dan tahan terhadap penyakit yang akan meningkatkan pendapatan dan hasil kelapa dalam negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI dan Hari Bertemu Pelanggan MARDI Perak di sini baru-baru ini.

Pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Zolkafly Harun.

Mohammad Zabawi berkata sebelum ini, MARDI menghasilkan lapan hibrid kelapa berhasil tinggi yang telah dibangunkan sejak 2005.

Beliau berkata, dalam usaha memperluas pengeluaran kelapa negara, MARDI terbuka bekerjasama dengan mana-mana agensi yang berminat merancakkan industri kelapa negara.

Katanya, MARDI telah melaksanakan projek kolaborasi dengan Perbadanan Pertanian Negeri Perak untuk tanaman kelapa, bawang dan durian.

“Selain itu, MARDI turut bekerjasama dengan Malaysian Kuwait Investment Co Sdn Bhd untuk projek pembangunan Kebun Benih Kelapa Hibrid MARDI bagi penghasilan varieti kelapa hibrid MARDI seluas 30 hektar di Tawau, Sabah,” katanya.

Sementara itu, Zolkafly berkata jumlah keluasan ladang kelapa di seluruh Perak ialah 7,505 hektar dengan jumlah pengeluaran 82,000 tan metrik setahun dan daripada jumlah itu, daerah Bagan Datuk mempelopori tanaman seluas 6,670 hektar yang menghasilkan pengeluaran sebanyak 70,000 tan metrik setahun.

Beliau berkata MARDI Bagan Datuk juga menyimpan hampir 22 janaplasma kelapa terkini termasuk koleksi eksotik luar negara, Malayan Tall dan koleksi janaplasma hibrid.

“Koleksi janaplasma ini amatlah penting dalam menyumbang kepada kejayaan para penyelidik MARDI membangun dan menghasilkan hibrid kelapa yang berkualiti dan berhasil tinggi,” katanya.

 

Sumber maklumat :

My Metro, 16/8/2023

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :