You are currently viewing Kegemilangan Durian Paduka Sebagai Durian Terbaik Perak Perlu Dikembalikan

Kegemilangan Durian Paduka Sebagai Durian Terbaik Perak Perlu Dikembalikan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Setiap kali sebut mengenai durian lebih-lebih lagi di Perak, pastinya akan terbayang durian Batu Kurau yang sentiasa menjadi buruan peminat durian kampung, apabila menjelmanya musim raja buah itu.

Namun, di Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, di sini ini terdapat sejenis durian yang pernah dinobatkan sebagai durian terbaik di Perak pada 1985, dikenali sebagai durian paduka yang ditanam Allahyarham Abdul Malek Kulub Aji di dusun miliknya seluas lapan hektar.

Menurut seorang daripada 13 waris Abdul Malek, Nordin, 48, durian itu dikumpul oleh arwah ayahnya sekitar 70-an hingga 80-an, daripada pemilik dusun tradisional di Kampung Tok Paduka Raja, Pulau Tiga di sini.

“Durian paduka mendapat namanya sempena Kampung Tok Paduka Raja dan diberikan oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib, ketika menyampaikan hadiah kemenangan pada pertandingan durian peringkat negeri di Kampung Gajah pada 1985,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Nordin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) di Kampung Gajah berkata, kegemilangan durian paduka perlu dikembalikan semula, kerana ia merupakan antara jenama durian terbaik di Perak, malah dalam negara.

“Sehingga hari ini durian ini pokoknya ditanam seluruh negara oleh pembeli bakanya sekitar tahun 1980-an. Jika Pahang ada musang king, Pulau Pinang ada udang merah, maka durian paduka ini sepatutnya dijadikan antara jenama atau identiti Perak,” katanya.

Menurut Nordin, ketika ini dusun di iGROW mempunyai kira-kira 120 batang pokok pelbagai variasi durian kampung dan daripada jumlah itu dianggarkan hanya terdapat 10 batang pokok durian paduka yang mampu mengeluarkan 200 300 biji buh setiap musim. Durian paduka telah didaftarkan di Jabatan Jabatan Pertanian dan membawa kod D148 pada tarikh 2-4-1985. Baka durian ini bersaiz sederhana antara 1 2 kg, rasa manis, bertekstur halus dan berisi tebal. Ciri buah ialah warna kulit tetap hijau walaupun buah sudah masak.

“Sejak banjir besar pada 2014, kami berhadapan dengan masalah banyak pokok mati dan terpaksa menanam semula, untuk memastikan orang ramai dapat terus merasai durian paduka dan mendapatkan benihnya yang kami semai semula dan jual.

“Saiz buah ini tidak besar, tapi setiap pangsa sentiasa penuh dengan warnanya yang kuning keemasan, rasanya lemak, manis, ada ‘gas’ serta biji kecil dan sedap dimakan begitu sahaja, tanpa perlu bersama pulut atau dibuat pengat,” katanya.

Nordin berkata, sejak 10 tahun lalu, pihaknya tidak menjual durian paduka yang ada di dusun IGROW, sebaliknya raja buah itu dijadikan buah pengikat atau pengerat kasih sayang, dengan hanya dihidangkan kepada keluarga, rakan, dan kenalan, atau pelanggan IGROW, yang turut menawarkan pakej agro pelancongan.

“Malah, beberapa pemimpin dan pengunjung luar negara antaranya dari Thailand dan Indonesia, turut datang ke IGROW ini untuk menikmati durian paduka,” katanya yang menjual benih D148 itu pada harga serendah RM50 setiap satu.

Nordin dalam pada itu, turut menyarankan supaya kerajaan negeri dapat memperkasa usaha mengkomersialkan durian di Perak, dengan menggalakkan pengeluaran produk berasaskan raja buah itu yang mempunyai peminat tersendiri, seperti kek dan dodol.

 

Sumber maklumat :

1. Bebasnews, 2020
2. Zawawi Jawahir et al., Klon Durian Terpilih Malaysia,UPM, 2008.
3. www.libur.com.my

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :